Tutorial membina blog sendiri – Siri 1

Siri tutorial terbaru daripada sollehahn.com ; Tutorial mengenai cara-cara membina blog anda sendiri. Tutorial ini akan melibatkan beberapa siri dan dalam siri-siri tersebut, saya akan tunjukkan bagaimana membina blog anda sendiri dengan mudah, bermula dari memilih nama blog, customization dan personalization.

Untuk siri pertama ini, saya akan tunjukkan bagaimana membuat akaun, dan memilih nama blog.

Klik pada gambar untuk imej screenshot yang lebih besar dan jelas

1. Pergi ke http://www.blogger.com . Sekiranya anda telah log in ke akaun Gmail, teruskan ke langkah no. 3 kerana anda akan dibawa ke dashboard. Sekiranya belum log in, anda akan dibawa ke skrin ini;

Cara Membuat BLog sendiri
Jika anda mempunyai akaun GMail, boleh terus log in melalui form di sebelah kanan (arrow biru) dan terus ke langkah no. 3. Jika masih belum mempunyai akaun GMail, klik button “Get Started” (arrow merah).

2. Anda akan dibawa ke registration form. Isikan form tersebut, kemudian klik button “Continue” di bahagian bawah kanan halaman.

Anda boleh mengisikan petak “E-mail” dengan akaun SELAIN GMail, tetapi akaun tersebut mestilah telahpun wujud.

Cara Membuat BLog sendiri
3. Selepas berdaftar/log-in, anda akan dibawa ke Dashboard blooger anda. Untuk membina blog baru, klik “Create a Blog” (arrow merah).

Cara Membuat BLog sendiri
4. Sekarang anda berada di form untuk membina blog. Isikan form tersebut dengan nama blog pilihan anda, alamat blog dan word verification. Kemudian klik button “Continue”

Cara Membuat BLog sendiri

Pilih nama dan alamat blog yang ringkas dan mudah diingati. Jika anda membina blog untuk tujuan perniagaan online ataupun berhasrat untuk bermain dengan SEO, elakkan nama yang tiada makna atau terlalu complicated. Tetapi jika anda membina blog peribadi dan tidak kisah sekiranya tiada trafik masuk ke blog anda, abaikan tips ini =P

5. Pilih template/theme yang anda minati. Tidak mengapa jika tiada pilihan template yang anda berkenan kerana anda boleh mengubahnya bila-bila masa. Klik button “Continue”

Cara-Membuat-BLog-Sendiri
6. Sekarang tapak asas blog anda terlah pun terbina. Anda telah mempunyai nama blog dan alamat blog sendiri. Klik button “Start Blogging”

Cara-Membuat-BLog-Sendiri
7. Paparan yang anda lihat sekarang adalah “back-end” blog anda. Paparan inilah yang anda akan gunakan untuk membuat posting, configure template dan mengubah segala setting yang berkaitan dengan blog anda. Untuk melihat bagaimana rupanya blog tersebut, klik “View Blog”

Cara-Membuat-BLog-Sendiri
8. Ini adalah blog anda. Paparan inilah yang akan dilihat oleh pelawat blog.

Theme blog anda mungkin berlainan dengan screenshot ini jika anda memilih theme yang berlainan

Cara-Membuat-BLog-SendiriBuat masa ini, blog anda masih kosong. Anda masih perlu mengedit, theme, widget, membuat posting, dan beberapa perkara lain bagi melengkapi blog anda.

Perkara-perkara tersebut akan saya tunjukkan dalam siri seterusnya.

p/s: Agak leceh buat tutorial dengan screenshot guna netbook. Nak bukak Photoshop pon kene tunggu 2 minit. zZzZz

Tagged with 

7 thoughts on “Tutorial membina blog sendiri – Siri 1

  1. Eh? nape tak guna format blogger yg versi baru? hehe.. gambar tu masih guna format lama 😛

  2. […] daripada Siri 1 : Tutorial Bina Blog sendiri sebelum ni. Dalam siri ke-2 ni saya akan tunjukkan bagaimana menukar tema/template blog yang anda […]

  3. Bagus untuk pemula, mudah dan ringkas, tak apalah guna format blogger versi lama pun, boleh faham, teruskan sebab tutorial dalam BM tak banyak sangat!

    • sy buat blog ni mmg sebab tak byk info IT dalam bahasa melayu…ramai yang sarankan saya buat posting dalam bahasa inggeris, dengan tujuan SEO…tapi bg saya, tu akan jejaskan matlamat asal saya utk sebarkan ilmu IT dalam bahasa melayu

  4. err nak tanya ckit, buat blog mcm awk ajar ni akan ada bayaran tersembunyi tak?