Banjir di Thailand : Harga Hard Disk naik melambung

Thailand merupakan pengeluar utama Hard Disk, selepas China. Lebih 25% pengeluaran hard disk dunia adalah dari Thailand. Kilang-kilang pengeluar hard disk utama, Western Digital, Seagate dan Toshiba di Thailand kesemuanya terjejas teruk akibat banjir yang melanda. Hal ini menyebabkan pengeluaran dihentikan, sekaligus mengakibatkan kesusutan bekalan hard disk yang amat teruk.

Keadaan menjadi semakin kritikal apabila kilang Nidec Corp, syarikat yang bertanggungjawab membuat dan membekal komponen motor har disk turut terjejas. Nidec Corp memegang 70% pasaran motor hard disk dan ini menyebabkan kilang-kilang  hard disk di rantau lain mengalami masalah bekalan.

hard disk thailand flood

Gambar dari uncle Google

Penganalisis pasaran pada mulanya menganggarkan kenaikan harga hard disk sebanyak 20-25 %. Walaubagaimanapun, di pasaran Malaysia, hard disk 1TB kini mencecah harga RM 350 – RM 400. Untuk rekod, harga hard disk 1TB pada Jun lalu adalah sekitar RM 250. Ini menunjukkan peningkatan hingga 60%. Jika tahun-tahun sebelum ini, harga hard disk biasanya jatuh menjunam pada hujung tahun. Tetapi ia tidak mungkin berlaku tahun ini. Malah, berkemungkinan besar harganya akan terus naik menjelang Januari 2012 nanti. Pasaran hard disk dijangka hanya akan pulih bermula Mac 2012.

p/s : Adoi. Terpaksa tangguh hasrat nk beli hard disk baru. =(

Tagged with 

3 thoughts on “Banjir di Thailand : Harga Hard Disk naik melambung

  1. Pergh!! nasib baik aku dah bli hardisk 1TB awal bulan ni.. kalo lambat bli, boleh mencecah rm300 tue :/