Apple vs. Samsung : Perang Saman Menyaman

Awal bulan lalu, Samsung Electronics memfailkan saman secara besar-besaran keatas Apple di Paris dan Milan. Samsung mendesak pengharaman penjualan iPhone 4S dengan dakwaan Apple melanggar paten Samsung. Jurucakap Samsung berkata, mereka juga mempertimbangkan tindakan undang-undang keatas Apple di negara lain.

Apple bukan sahaja merupakan saingan terbesar Samsung untuk pasaran telefon bimbit, malah Apple merupakan pelanggan terbesar Samsung  bagi produk cip  dan skrin LCDnya. Apple juga dijangka membeli sejumlah komponen bernilai USD 7.8 billion dari Samsung tahun ini, tetapi Samsung tetap meneruskan tuntutan mahkamah walaupun berdepan risiko  merosakkan hubungan perdagangan mereka.

Apple vs Samsung

Tindakan Samsung dilihat sebagai tindakan balas diatas pengharaman jualan Galaxy Tab 10.1 di Jerman akibat tuntutan Apple. Apple bertanggungjawab memulakan perang paten dengan Samsung apabila membuat tuntutan di US  untuk mengharamkan jualan Galaxy S  kerana didakwa meniru paten iPhone, April lalu.

Apple pula, sebelum ini beberapa kali membuat tuntutan mahkamah di beberapa negara, keatas pengeluar lain termasuk HTC dan Motorola diatas dakwaan melanggar patennya.

p/s: di pihak pengguna, kita tengok je la nanti, sape menang, sape kalah….

Tagged with 

6 thoughts on “Apple vs. Samsung : Perang Saman Menyaman

  1. Puncak kepada persaingan dalam industri ialah saman menyaman. Masing-masing merasakan dirinya hebat. Mulalah nak monopoli dunia.

  2. Best tgk dorang.. saman menyaman. kayo sgt..

  3. Hmm…aku tetap minat kedua2 nya hehehe,gaduhla cam mana pun.