Tutorial : Buat Mosaic (Censor) Pada Gambar

Assalamualaikum…

Saya terima satu emel pagi tadi;

Censor gambar mosaic dengan photoshopDalam emel ni, penghantar meminta saya memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara membuat mosaic (censor/blur) pada gambar. Oleh kerana cara-cara ni ringkas je, so saya decide untuk terus buat entri tutorial je. Selamat mencuba!

Untuk tutorial ni, diatas keinginan menangkap SEO, sekali lagi, saya akan menggunakan gambar buah hati saya yang kiut, Kwon Yuri (SNSD), iaitu gambar ni.

Kwon Yuri SNSD kkab yul

1. Macam biasa, bukak je gambar pilihan anda dalam Photoshop

2. Kemudian select bahagian yang anda ingin sembunyikan menggunakan mana-mana tools dibawah (mengikut kesesuaian);

mosaic_censor_photoshop_marquee tools

Marquee Tools (rectangular ataupun elliptical)

 

mosaic_censor_photoshop_lasso tools

Lasso Tools (Lasso biasa atau Polygonal Lasso)

 

3. Saya gunakan Elliptical Marquee untuk select bahagian muka Kwon Yuri supaya orang lain tak boleh tengok muka kiut dia.

mosaic_censor_photoshop4. Pergi ke filter > pixelate > mosaic

mosaic_censor_photoshop

5. Satu tetingkap akan muncul. Adjust cell size mengikut kesesuaian dan klik OK

mosaic_censor_photoshop

6. Kemudian pergi ke file > save as. Pilih format jpg dan save

mosaic_censor_photoshop

7. Dah pun siap. Sekarang korang tak boleh lagi tengok muka GF saya nih.

Kwon_Yuri_SNSD_Censored

Hasil akhir

Anda juga boleh mencuba tutorial – tutorial Photoshop saya sebelum ni; Buat Watermark, atau Resize Gambar.

Tagged with 

4 thoughts on “Tutorial : Buat Mosaic (Censor) Pada Gambar

  1. lepas ni ramai la yang buat censor kat muka tu.hehe… 😀

  2. Berguna tutorial ni. Pasni bolehla letak gambar jarak dekat tapi diblurkan kat muka utk elak mengaibkan orang. Tak pun elak dari kena saman..