TIps Jimatkan Penggunaan Bandwitdh Peranti Android

Pengguna telefon pintar seharusnya memiliki data plan bagi telefon mereka. Ini kerana sesebuah telefon pintar hanya mampu menjalankan fungsinya secara optimum dengan adanya data plan.

Jika dibandingkan dengan kadar caj pay-per-use, penggunaan data plan sememangnya menjimatkan. Tetapi dengan menggunakan data plan, anda tertakluk kepada had bulanan (mengikut plan yang anda pilih).

jimatkan bandwidth android

Ketika mula-mula menggunakan peranti Android, saya memilih plan dengan had 500mb sebulan. Tanpa disangka, saya menggunakan semua 500mb tersebut dalam tempoh tidak sampai seminggu. Dari situ, saya melakukan segala yang boleh bagi mengurangkan penggunaan data plan. Hasilnya, tips untuk anda, tips menjimatkan bandwidth Android;

1. Gunakan WiFi.

Data Plan memang penting untuk mobiliti. Tetapi elakkan penggunaan mobile networks jika ada alternatif lain. ie; Wifi Rumah, WiFi Pejabat. Hanya gunakan data plan sekiranya tiada jaringan WiFi yang dapat dicapai.

jimatkan bandwidth android

2. Disable auto-sync

Synchronize akaun anda (Facebook/Gmail) hanya apabila perlu sahaja. Proses synchronize akan menyebabkan telefon anda sentiasa menghantar dan menerima data walaupun tiada apa2 update dalam mana-mana akaun tersebut. Jika email atau facebook penting bagi anda, cuba gunakan synchronize frequency yang rendah (30 minit atau 1 jam sekali). Selain menjimatkan penggunaan data plan, cara ini juga membantu meningkatkan jangka hayat bateri anda.

jimatkan bandwidth android - auto syncjimatkan bandwidth android

3. Pemilihan Aplikasi

Pemilihan aplikasi untuk menjalankan sesuatu fungsi juga dapat membantu. Sebagai contoh, penggunaan Opera Mini lebih menjimatkan berbanding browser Android. Ini kerana ia menggunakan server untuk compress data sebelum dihantar ke peranti anda, membawa kepada jumlah transfer data yang lebih kecil.

jimatkan bandwidth android opera mini

4. Disable gambar

Gambar adalah antara penyumbang terbesar data tranfer. Cuba disable muat turun data pada Opera Mini dan Facebook. Hanya load gambar yang anda inginkan sahaja.

5. Pantau penggunaan data

Pastikan anda memantau penggunaan data plan anda. Ini bagi mengelakkan anda menggunakan data melebihi had data plan anda. Bagi memudahkan pemantauan, aplikasi DroidStats boleh membantu. Aplikasi ini bukan sahaja memantau, malah mengehadkan data mengikut jumlah yang anda ingini. Selain data, ia juga memantau penggunaan telefon dan sms.

jimatkan bandwidth android droidstats

*sebahagian besar tips yang saya berikan boleh juga diaplikasikan untuk pengguna telefon pintar selain Android (iPhone, Blackberry, Window Mobile). Diharap tips-tips ini dapat membantu.

Tagged with 

Comments are closed.