iPhone 4S Produk yang Gagal?

Dalam satu artikel lepas (Kematian Steve Jobs ~ Keuntungan Buat Apple?), saya ada menyebut mengenai sambutan hangat kepada iPhone 4S sehinggakan jumlah tempahan model tersebut mencatatkan peningkatan berbanding model sebelumnya, iPhone 4.

iPhone 4S battery life

Akan tetapi, saya pasti kini pembeli-pembeli iPhone 4S kecewa apabila mendapati beberapa isu dan masalah timbul pada peranti tersebut. Laman web Gizmodo melaporkan, forum rasmi apple dipenuhi dengan post berkaitan masalah pada iPhone 4S.

Isu utama iPhone 4S adalah mengenai prestasi baterinya. Ramai pengguna melaporkan, bateri iPhone 4S berkurangan sehingga 10% setiap jam, walaupun semua fungsi yang tidak perlu, dimatikan. Pihak Apple sendiri masih tidak dapat memberi jawapan mengenai permasalahan tersebut. Walaubagaimanapun, beberapa pengguna mendapat cara mengatasi masalah bateri tersebut dengan cara menghabiskan bateri sehingga telefon mati dan kemudian mengecasnya semula sehingga penuh. Cara tersebut dikatakan dapat memanjangkan hayat bateri iPhone 4S sepertimana hayat bateri iPhone 4.

Satu lagi masalah yang dijumpai pada iPhone 4S adalah bugs pada Location Services yang menyebabkan Location Tracking berfungsi berterusan.

Walaupun dilanda beberapa masalah besar, pada pendapat saya, iPhone 4S bukanlah produk yang gagal. Prestasinya lebih hebat berbanding iPhone 4. Cuma beberapa bugs dan isu yang timbul perlu diselesaikan segera bagi mengelakkan produk tersebut mendapat kritikan yang lebih hebat.

Tagged with 

8 thoughts on “iPhone 4S Produk yang Gagal?

  1. hehehe.. kesian pengguna Apple 4S, padan muka kurang 😛 *sarcasm*

  2. Location tracking yg berfungsi berterusan tu mungkin bukan bugs, tetapi usaha bagi menjadikan kita perisik tanpa sedar. Mereka sedang mengumpul segala data lokasi kita..

  3. ni la yang membantutkan lagi niat aku nak beli iphone 😛

    • lupakan je la iPhone nih bro…aku kalau pakai iPhone, kompem 2 hari je dah barai…pakai s2 gak bagus..jatuh bape kali dah, siap tersepak lagi…calar pun takde..berbaloi2…hoho

  4. iphone pada aku ok je.stakt ni aku pakai aku blm puas lg godek2.ada cydia mcm2 theme blh install.ada installous dpt apps free.ipad aku pn same dah jailbreak..
    http://worldofipas.blogspot.com/