Flashback Friday #1 : Steve Jobs

Memperkenalkan segmen terbaru di sollehahn.com ; Flashback Friday. Dalam segmen ini, saya akan mengimbau kembali sesuatu yang berlaku di masa lepas. Sesi pertama Flashback Friday ini saya dedikasikan khas kepada mendiang Steve Jobs (1955-2011).

Steve Jobs

Steve Jobs, atau nama penuhnya Steven Paul Jobs dilahirkan pada 24 Februari 1955. Bapa kandungnya adalah seorang Muslim dari Syria yang berpindah ke US ; Abdulfattah John Jandalli. Keluarga ibu kandungnya ; Joanne Schieble , tidak merestui perhubungan ibubapanya, jadi Jobs kemudiannya diserahkan untuk  menjadi anak angkat kepada Paul Jobs dan Clara Jobs dari California.

awal 1970-an : Jobs masuk ke Cupertino Jr High & kemudian ke Homestead High School di Cupertino, California. Ketika ini dia menyertai kelas tambahan di Hewlett-Packard Company di Palo Alto, California, dan kemudian bekerja sementara di situ , bersama-sama dengan Steve Wozniak.

1972  – Tamat persekolahan dan masuk ke Reed College di Portland, Oregon. Dia bagaimanapun tercicir selepas satu semester. Tetapi Jobs tetap menghadiri kelas, dengan tidur di lantai bilik rakan-rakannya. Dia mengutip botol Coke untuk mendapatkan wang, dan mendapat makanan percuma setiap minggu di kuil berdekatan.

1974 – Jobs kembali ke California dan mula menghadiri mesyuarat Homebrew Computer Club dengan Wozniak. Jobs kemudian bekerja sebagai juruteknik di Atari, sebuah pengilang permainan video yang popular.

1976 – Steve Jobs, Steve Wozniak dan Ronald Wayne menubuhkan Apple.

1983 – Steve Jobs mengumpan John Sculley, dari Pepsi-Cola untuk berkhidmat sebagai CEO Apple, dengan bertanya, “Adakah anda ingin untuk menjual air gula untuk sepanjang hidup anda, atau mengubah dunia bersama saya?”

1984 – Jobs memperkenalkan Macintosh, komputer kecil pertama dengan graphic user interface yang dihasilkan secara komersil.

1985 – Akibat perebutan kuasa dalaman dan jualan yang mengecewakan, John Sculley memecat Jobs yang ketika itu adalah, ketua bahagian Macintosh. Jobs kemudian mendakwa, dipecat dari Apple adalah perkara yang terbaik yang boleh berlaku kepadanya.

1985 – Jobs mengasaskan NeXT Computer dengan modal $ 7 juta. Setahun kemudian, beliau telah kehabisan wang. Akhirnya, beliau menarik perhatian jutawan Ross Perot yang kemudian melabur dalam syarikatnya.

1986 – Jobs membeli The Graphics Group (kemudian dinamakan Pixar) daripada  Lucasfilm’s dengan harga $10 juta.

1996 – Apple membeli NeXT dengan harga $429 juta sekaligus membawa kembali Jobs kepada syarikat yang beliau telah bangunkan. Jobs menjadi de facto chief selepas CEO ketika itu, Gil Amelio digulingkan pada bulan Julai.

1997 – Jobs secara rasmi dinamakan sebagai Chief Executif Interim.

2005 – Jobs disahkan menhidap barah pankreas.

2007 – Apple memasuki pasaran telefon bimbit apabila iPhone diperkenalkan.

2011 – Jobs meletak jawatan sebagai CEO tetapi kekal sebagai pengerusi Apple. Beberpa jam selepas meletak jawatan, saham Apple turun sehingga 5%.

5 Oktober 2011 – Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun, meninggalkan berbagai jenis gajet dan teknologi yang memudahkan kehidupan manusia moden.

 

sumber : wikipedia

Tagged with 

2 thoughts on “Flashback Friday #1 : Steve Jobs

  1. hahahah tarikh lahir dah lebih kurang cuma beza sehari jer..tahun tu sah2 ler tak sama kan…wakakak…bapak dia muslim so dia nie muslim jugak ke?pape pun dia memang terbaek ar….bestnyer jadi cam dia celik IT….

    • err…part agama tu sedey sikit nak cerita…FYI, Steve ni Buddhist…bapak dia mmg la islam…tapi steve ni anak luar nikah…family mak dia tak restu mak dia kawin ngan org syria..thats why la diorang bg steve ni jadi anak angkat org len..