10 Sebab Utama Untuk Memilih Android

Statistik terkini menunjukkan hampir separuh (43%) pengguna telefon pintar (smartphone) di dunia menggunakan sistem operasi (operating system) Android (sumber : Wikipedia). Ini jelas menunjukkan, OS ini begitu diminati berbanding OS lain (iOS, Blackberry, Windows Mobile, dan Symbian). Walaupun OS lain cuba menambah baik sistem mereka, Android tetap mencatatkan peningkatan pengguna. Apa yang menyebabkan Android begitu diminati?. Kepada mereka yang tidak pernah mencuba OS ini, saya senaraikan disini, 10 sebab mengapa anda patut memilih Android berbanding OS lain.

1. Sokongan Hardware

Ini salah satu sebab Android sangat berjaya. Telefon pintar Android menyokong ratusan perkakasan tambahan seperti kamera, video, skrin sentuh, GPS, accelerator, gyroscopes, magnetometers, kawalan permainan,  dan sensor tekanan.

2. Pilihan Pelbagai

Jika anda meminati iOS, hanya iPhone pilihan anda. RIM pula hanya boleh diperolehi pada peranti Blackberry. Tetapi jika anda meminati Android, berbagai model dan jenis peranti menjadi pilihan. Samsung, HTC, Google, Motorola dan lain-lain.

3. Sokongan Aplikasi

Dengan lebih 250,000 aplikasi tersenarai di Android Market, anda boleh memasang hampir apa sahaja pada telefon anda. Tidak puas hati dengan aplikasi sedia ada?, bangunkan sahaja aplikai anda sendiri.

4. Costumization

Apa yang dilihat pada iPhone, Blackberry dan peranti Symbian, biasanya interface yang sama dan membosankan. Jika berbeza pun,mungkin hanya pada theme yang digunakan. Tetapi pada Android, 2 model telefon yang sama yang dimiliki 2 orang berbeza mungkin mempunyai interface yang sangat berbeza, mengikut citarasa pemiliknya. Berbagai pilihan widget dan aplikasi boleh dipasang bagi menjadikan telefon pintar sebagai identiti diri anda.

5. Harga berpatutan

Dengan bajet sebanyak RM2000, memang anda boleh mendapatkan sebuah iPhone 4S yang penuh dengan ciri hebat. Tetapi dengan harga sama, anda juga boleh mendapatkan Samsung Galaxy S II, peranti yang jauh lebih hebat dan pantas. Peranti Android kebiasaannya boleh diperolehi dengan harga yang jauh lebih murah, dan pilihan yang perlbagai. Dengan harga sekitar RM700 contohnya, anda boleh mendapat Samsung Galaxy ACE. SOny X10 Mini pula boleh diperolehi pada harga serendah RM400!.

6. Rangkaian Sosial

Peranti Android membolehkan anda menjalankan fungsi sosial dengan sangat mudah. Senarai contact boleh diambil terus dari Facebook mahupun Gmail. Kemas kini pada Twitter dan Facebook pula boleh dilakukan serentak, dihujung jari anda.

7. Notification

Pemberitahuan (Notification) pada Android semuanya terletak pada bar di bahagian atas. Sistem operasi lain biasanya menggunakan kaedah Pop-Up yang kadangkala menjengkelkan dan menggangu apa yang anda sedang lakukan. Tetapi Android hanya meletakkan ikon tertentu di bar bahagian atas. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah tarik bar tersebut ke bawah dan segala yang berlaku pada peranti akan tersenarai dihadapan mata anda.

8. Open Source

Oleh kerana Android adalah sumber terbuka (Open Source) , anda boleh melakukan modifikasi pada fail sistem Android itu sendiri tanpa masalah pelanggaran hak cipta. Ini membolehkan anda mencipta sendiri sistem operasi yang anda kehendaki melalui kaedah ‘rooting’ atau pemasangan ROM. Anda juga boleh menaik taraf peranti anda ke versi terbaru tanpa masalah.

9. Keselamatan

Google membangunkan Android daripada kernel Linux. Jadi virus bukannya masalah besar bagi Android. Jika anda masih ragu-ragu, terdapat berbagai pilihan antivirus di Android Market untuk anda pasang.

10. Google

Ya. Nama Google itu sendiri menjadi penyebab anda perlu memilih Android. Google membangunkan Android, bersama-sama pengeluar telefon lain (Samsung, HTC dan lain-lain) dan kita semua tahu siapa Google. =D

Anda masih tak yakin dengan Android? Tengok video ni. Robot kiut Android ni mungkin akan menggoda anda untuk memilih Android…huhu.

Tagged with 

2 thoughts on “10 Sebab Utama Untuk Memilih Android

  1. Teringin juga nak satu gadget Android.. duit belum cukup. salam kenal bro.

    Regards,
    Mr J