Peringatan Penting kepada Pemain-Pemain SEO

Entri ini saya tujukan khas kepada mereka-mereka yang bermain dengan SEO bagi mendapatkan trafik yang tinggi dari search engine.  Saya mula bermain dengan SEO sejak beberapa minggu lepas. Beberapa screenshot saya lampirkan sebagai mukaddimah.

Hampir 55% trafik ke sollehahn.com adalah dari search engine sepanjang minggu ini. Turun berbanding minggu lepas ; 75%

Wordpress Anti Spam for SEO player

Akibatnya ; spam pun menyerang. Minggu lepas, lebih 1000 spam diterima setiap hari

Spam masuk macam air....

Inilah akibatnya apabila kurang persediaan menghadapi spam. Blog yang mesra SEO bukan sahaja membawa trafik, tetapi juga menarik perhatian SPAMBOT!. Sebelum ini, saya hanya mempercayai plugin Akismet yang memang terbukti dalam menapis spam. Akismet masih berfungsi, akan tetapi, ada kerja tambahan perlu dilakukan setiap hari ; delete semua komen di petak spam.

Saya boleh kosongkan terus kotak spam, tetapi kadangkala Akismet membuat kesilapan dengan memasukkan komen dari manusia ke kotak spam. Jadi, saya tetap perlu menyemak spam tersebut SATU-PERSATU.

Hari ini, saya mengambil keputusan memasang satu lagi plugin yang menghalang terus bot menulis komen ; Growmap Anti Spam Plugin (GASP). Plugin ini memerlukan pengguna menanda petak sebelum memberi komen.

GASP anti spam for wordpress

Plugin GASP yang baru dipasang

Plugin ini masih di peringkat ujian di sollehahn.com. Tetapi saya sangat berharap ia dapat berfungsi dengan baik.

Nasihat saya kepada pemain-pemain SEO diluar sana ; pastikan blog anda bersedia menghadapi serangan spammer!. Good Luck!

Update:

GASP wordpress anti spam for SEO player

Ni screenshot pagi ni. Nampaknya plugin GASP berjaya menghalang terus spam ni. Terbaik!

Tagged with 

2 thoughts on “Peringatan Penting kepada Pemain-Pemain SEO

  1. macam ne nak pasang Growmap Anti Spam Plugin (GASP)nie.walaupun komen kami tak delah sebanyak abg kan.. 🙂