Friendster mengganas semula. Mampukah Facebook dan Google+ ditewaskan?

5 tahun lalu, Friendster merupakan laman sosial yang paling gah di kalangan pengguna di Malaysia. Ketika itu, semua orang berfikir yang Friendster akan kekal menjadi medium perantaraan utama di Malaysia. Situasi tersebut mula berubah apabila Facebook muncul. Era baru laman sosial bermula apabila Facebook lebih diterima oleh pengguna. Posisi Friendster semakin jatuh dan jatuh dari masa ke semasa, dan lebih teruk lagi dengan kemunculan laman sosial oleh gergasi internet dunia ; Google+.

Walaubagaimanapun, laman sosial milik syarikat Malaysia ini tidak terus mengalah. Bermula May 2011, Friendster melalui proses penjenamaan semula sebagai “Social Gaming Site”, dan bukan lagi “Sosial Networking Site”. Melalui penjenamaan ini, Friendster memfokuskan hiburan dan menawarkan berbagai jenis permainan yang boleh dimainkan dalam talian.

Friendster New Layout

Penjenamaan semula ini bagaimanapun bukanlah untuk bersaing dengan Facebook dan Google+ (memandangkan laman tersebut kini bukan lagi dalam bidang dan kepakaran yang sama). Malah, Friendster kini turut menawarkan log masuk melalui Facebook.

p/s: mungkin Friendster kini sedar, mereka tidak mampu bersaing dengan gergasi besar seperti Facebook dan Google+. Apa-apa pun, saya mengharapkan yang terbaik untuk Friendster memandangkan ia kini adalah produk keluaran MALAYSIA!

sumber : Wikipedia

Comments are closed.