Cukai Prepaid (Pra-bayar) ; antara bebanan dan tanggungjawab

Minggu ni, 1Malaysia hangat dengan berita cukai 6% kepada pengguna prabayar. Bersepah-sepah entri blog pasal cerita hot ni. Group Facebook yang membantah pun tak kurang banyaknya. Yang lagi syok, ramai jugak yang ikut sama buat bantahan, komplen sana, komplen sini tanpa menyelidik cerita sebenar di sebalik cukai ni.

Saya mengambil langkah selamat, sebelum menyokong@membantah, saya cuba rujuk laman web telco berkaitan dan saya jumpa info yang saya perlukan;

Pengguna Hotlink ; klik sini
Pengguna Celcom ; klik sini
Pengguna Digi ; klik sini
Pengguna U-mobile ; (belum ada pengumuman di laman web)

(sebenarnya kandungan dalam setiap laman web tu sama je; copy paste je semua..haha)

cukai prepaid telco malaysia hotlink celcom digi umobile

Kesemua telco berkaitan akan mula mengenakan cukai tersebut bermula 15 September 2011. Daripada kesemua artikel berkaitan; ni beberapa isi-isi penting yang saya perolehi;

  1. Cukai GST ni dah lama dikenakan (sejak 1998) kepada semua pengguna tetapi untuk pengguna prepaid, kos tersebut ditanggung oleh pihak telco.
    Bagi pengguna pasca-bayar (postpaid) dan telefon tetap, cukai tersebut termasuk dalam bil bulanan.
  2. Pada Januari 2011, GST dinaikkan dari 5% kepada 6% dan pihak telco tidak mampu lagi untuk menyerap kos tersebut akibat kenaikan kos-kos lain.
  3. Caj servis kepada pengguna semakin murah (ie; panggilan RM0.60/minit suatu masa dahulu berbanding RM0.12/minit sekarang) berbanding kos yang ditanggung telco semakin hari semakin bertambah.

Pendapat peribadi ;

  1. Cukai servis ni bukan salah mana-mana pihak. Semua orang ada tanggungjawab dan kepentingan yang perlu dijaga. Telco bertanggungjawab kepada pengguna, pengguna bertanggungjawab membayar cukai dan kerajaan perlu mengutip cukai sebagai sumber pendapatan.
  2. Cukai ni tanggungjawab pengguna. Selama ni pengguna post-paid bayar cukai ni takde komplen apa-apa, jadi kenapa pengguna prepaid nak marah-marah dikenakan cukai yang sama? (mungkin ada yg berpendapat saya adalah pengguna post-paid berdasarkan kenyataan ini, tapi saya tegaskan disini; anda salah. Saya juga adalah pengguna prepaid seperti anda)
  3. Kita sebagai pengguna ; tak salah menyuarakan pendapat, tapi biarlah bertempat dan tak perlu melampau-lampau. PM pun dah menyuarakan pendapat, meminta telco mengkaji semula tindakan mereka.

p/s ; selama ni restoran fast-food (KFC, McD, dll) pun ada gak kenakan charge GST ni, tapi kenapa takde orang komplen pon?. Saya tengok fast-food tetap je dapat sambutan walaupun ada kempen untuk boikot sana-sini..

Tagged with 

6 thoughts on “Cukai Prepaid (Pra-bayar) ; antara bebanan dan tanggungjawab

  1. tula aku kate pakai public phone..haha

  2. semua ni kerana nak tanggu bayar penjimatan panggilan RM/minit ke?? macam tu permainana dia

  3. a’a betul tu saya dah lama pakai post paid dah lama kena bayar 6% tu.xdelah nak bising sbb tau banyak benda sekarang nie dah kena tax. tp apa yg abg ckp pasai fast food tu tersangat le betoinyer…nape x kecoh2 pun…alah besalah mula2 melentinglah dah lama2 diam jer cam astro dlu pun..klu tax utk prepaid tu depa tu dah buat sekalipun cuma tak kabo kot org ramai pun, ada ke org perasan klu perasan pun kita boleh buat pa????nothing….