Antaramuka baru aplikasi Android Market lebih kemas dan tersusun

* post yang agak lewat sebab Android Market dah dikemaskini lebih 2 minggu. Cuma baru ni berkesempatan untuk post pasal benda ni. huhu

Pengguna smartphone Android pasti dah mengetahui yang aplikasi tersebut dikemaskini menjadi lebih cun. Saya sendiri suka dengan antaramuka baru yang memudahkan. Semua aplikasi disusun mengikut beberapa kategori berbeza, selain tema warna yang gelap memberi pengalaman berbeza berbanding warna putih sebelum ini. Walaubagaimanapun, perubahan ini hanya dilihat pada aplikasi Android Market apabila diakses melalui telefon, sementara antaramuka di web penuh tiada sebarang perubahan ketara.

(maaf resolusi kecik. Screenshot dari Galaxy ACE je. Kalau guna S II boleh ler dpt besar sikit. hehe)

Home Screen yang tersusun

Aplikasi disusun mengikut kategori yang lebih meluas, berbanding susunan mengikut "Top Paid" dan "Top Free" sahaja sebelum ini

Susunan dalam kategori juga dibuat dalam bentuk thumbnail, membolehkan lebih banyak aplikasi dilihat dalam satu skrin

Halaman aplikasi diubah susunannya menjadi lebih mesra pengguna

Tagged with 

One thought on “Antaramuka baru aplikasi Android Market lebih kemas dan tersusun

  1. […] lebih 250,000 aplikasi tersenarai di Android Market, anda boleh memasang hampir apa sahaja pada telefon anda. Tidak puas hati dengan aplikasi sedia […]