Hasilkan elektrik dengan berjalan?

Dengan zaman teknologi serba canggih ni, semua benda jadi mudah. Dalam beberapa tahun akan datang, mungkin kita akan lihat orang berjalan, semata-mata untuk cas bateri handset.

Instep Nanopower, sebuah syarikat penyelidikan teknologi nano telah mencipta sebuah prototaip alat yang mampu menghasilkan kuasa elektrik yang cukup untuk mengecas 4 buah iPhone!. Berbanding dengan teknologi pizoelektrik sebelum ini yang hanya mampu menghasilkan beberapa miliwatt kuasa elektrik, ciptaan terbaru ini dapat menghasilkan sehingga 20 watt kuasa elektrik, menggunakan teknologi yang dipanggil “reverse electrowetting”.

power harvester

Prototaip yang dihasilkan berbentuk sebuah alat yang diletakkan di bawah alas kasut. Terdiri daripada cecair logam; galinstan, tiub kecil, bateri dan sambungan usb. Elektrik dihasilkan apabila titisan galintstan bersaiz nano bergerak melalui tiub halus. Elktrik ini kemudian disimpan pada bateri di tengah. Alat ini tidak memerlukan penyelenggaraan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah berjalan dan anda akan mendapat sumber elektrik yang tidak terhad.

power harvester

Kos untuk gajet ini dijangka tidak melebihi harga sesebuah kasut itu sendiri. Walaupun kasut yang dilengkapi penjana tenaga ini mungkin akan dijual dengan 2 kali harga asal kasut, ia satu pelaburan yang sangat berbaloi, memandangkan kemungkinan yang boleh berlaku dengan adanya sumber tenaga di mana-mana.

sumber : OhGizmo!

Tagged with 

2 thoughts on “Hasilkan elektrik dengan berjalan?

  1. lps ni kalo pergi mana2 tak perlu risau hp or mp3 abis bateri..