Dapat buffered earning tanpa disedari…huh?

Dah lebih 2 tahu rasanya saya start blogging. Tahun pertama, memang saya blogging atas dasar pulangan kewangan. Ketika itu masih menggunakan platform blogger.com. Kemudian semangat blogging mula luntur apabila pulangan yang diterima tak seberapa. Lama menunggu buffered earning dari nuffnang tapi tak dapat-dapat. Akhirnya saya berhenti seketika.

Tak sampai sebulan berhenti blogging, rasa lain macam. Tangan tetap juga nak menaip. Kemudian saya nekad membeli hosting dan domain sendiri lebih kurang setahun lepas. Bermula dengan platform wordpress ni, saya blogging dengan azam baru, bukan atas dasar pulangan, tapi saya cuba ikhlaskan diri untuk menaip. Iklan nuffnang tetap saya letakkan tapi jarang sangat tengok earning. Semalam, tergerak hati untuk cek semula akaun nuffnang. Eh, camne tetiba banyak earning nih?;

buffered earning

Rupa-rupanya, tanpa saya sedar, dah ada buffered earning di sollehahn.com.  Alhamdulillah. Walaupun kurang berkesempatan update blog dalam sebulan dua ni, tetap berpuas hati dengan hasil buffered earning yang pertama tu. Terima kasih banyak-banyak kepada nuffnang diatas kepercayaan dan penghargaan yang diberi.

Memang betul kata blogger-blogger otai yang saya kenal sejak mula blogging dulu, blogging dengan ikhlas, bukan kerana duit. Kalau blogging semata-mata kerana duit, niat dan hala tuju blogging tu dah lari.

6 thoughts on “Dapat buffered earning tanpa disedari…huh?

  1. slam eidulfitri…sy baru dpt BE nie..thankz for da information.. =p

  2. Aku tak pernah dapat ,kalau ada tu adalah kan hehehe..

    • btol tu bang..dulu masa start blogging mmg sehari 2-3 kali tgok earning…tapi sekarang ni earning tu bukan sebab utama saya blogging…kalau ada tu Alhamdulillah…

      sy doakan abg man pun akan dapat nanti..insyaAllah

  3. tahniah!..brp amountnya? (saje nk tau sb jeles teramat sangat..haha)

    aku selalu dapat BE sebenarnya tp amount teramatlah ciput..haha