Google menimbulkan kemarahan China

Akhbar Sinar Harian hari ini [Selasa 7 Jun 2011] melaporkan, China menuduh Google sebagai alat politik AS;

China - Google - USA

Berikut adalah petikan penuh artikel tersebut;

Google jadi alat politik

BEIJING – Syarikat enjin pencarian  Internet terkemuka, Google dilihat menjadi alat politik Amerika Syarikat (AS) untuk merosakkan imej kerajaan China, menurut laporan akhbar Beijing semalam. Akhbar rasmi kerajaan China itu turut memberi amaran bahawa kenyataan syarikat gergasi AS itu mengenai serangan penggodam dari China bakal menjejaskan perniagaan Google. Amaran keras itu dikeluarkan dalam edisi antarabangsa People’s Daily akhbar rasmi pemerintah, Parti Komunis dan menandakan permulaan hubungan tegang antara Washington dan Beijing berhubung masalah keselamatan Internet. “Tuduhan Google terhadap China dilihat mempunyai motif tersirat dan dibuat dengan niat jahat” menurut kenyataan hasil tulisan pengarang akhbar terbabit. Minggu lalu, Google mengumumkan syarikat 1tu berjaya mematahkan cubaan penggodam dari China untuk mencuri kata laluan ratusan e-mel termasuk akaun milik pegawai kerajan AS dan aktivis, serta wartawan china. Menteri Luar China menolak tuduhan itu dan memberi amaran kepada Google supaya tidak meneruskan permainan politik berisiko tinggi.

Isu ini timbul berikutan laporan oleh Google mengenai cubaan serangan oleh penggodam dari Daerah Jinan di China ; (artikel penuh disini). China pula berkeras menyangkal dakwaan tersebut dengan mengatakan Google sengaja mencipta isu tersebut untuk memburukkan Beijing.

Saya tidak tahu siapa yang bersalah dalam hal ini, tetapi isu pembabitan Google dalam politik adalah perkara yang telah lama timbul. Pada 2008, CEO Google; Eric Schmidt secara terang-terangan menyatakan sokongan kuatnya kepada Barrack Obama. Ramai yang menyelar tindakannya membawa nama Google ke dalam politik ketika itu.

China pula, bagi saya tidak harus melenting diatas kejadian ini. Serangan keatas konglomerat internet lain, termasuk Yahoo telah membuktikan penggodam dari China yang bertanggungjawab. Kenyataannya sekarang ; penggodam yang bersalah dalam hal ini!

p/s: lama tak menulis, tiba-tiba artikel serius pulak yang keluar di sollehahn.com hari ni…huhu

Tagged with 

4 thoughts on “Google menimbulkan kemarahan China

  1. sampai google disalahkan tuh… yelah kepunyaan us…. kwang2..

  2. kumpul data pengguna seluruh dunia.
    sang google pun boleh dipersalahkan.

  3. saje nak cari kesalahan orang lain terlebih dahulu,…

  4. saje nak cetuskan ketegangan..lol…