Google mencari peluang di sektor permainan

Gergasi dunia IT, Google Inc. baru-baru ini menawarkan jawatan ‘Produk Manager : Games’ di laman web rasminya. Laman web Engadget meramal bahawa Google berhasrat memasuki sektor permainan dalam platform laman sosial. Ramai yang berminat mengetahui lebih lanjut mengenai situasi ini, memandangkan sektor permainan adalah salah satu sektor yang belum dapat dikuasai oleh Google.

Banyak khabar angin timbul mengenai tujuan sebenar dan apa yang bakal dilakukan oleh Google. Semuanya masih samar-samar kerana satu-satunya maklumat yang diperolehi hanyalah mengenai pengumuman jawatan tersebut. Apa agaknya yang bakal ditawarkan Google?. Sama-sama kita tunggu dan lihat.

Sumber : Engadget

Tagged with 

4 thoughts on “Google mencari peluang di sektor permainan

  1. Terbaca satu entri kt Internet, dengar cite Google nak buat website cam Facebook, nama dia tak silap aku Google+.

    p/s: dah lama tak jengok blog ni.. = )