Best sangat ke guna header flash?

the flash linux tux

Sejak kebelakangan ni, banyak blog dan laman web menggunakan header dalam format flash. Ramai yang memilih menggunakan header flash berbanding header biasa (format jpeg, png atau gif). Jika anda juga berkira-kira untuk mengikut jejak langkah mereka, fikirkan dahulu kebaikan dan keburukan kandungan flash ni.

Pro:

1. Kandungan interaktif flash (animasi dsb.)membolehkan sesebuah blog/laman web dilihat lebih menarik. Pengunjung juga mungkin lebih mudah mengingati blog/laman web anda.

2. Animasi berasaskan flash lebih menarik berbanding header berasaskan format GIF. Ini kerana format GIF hanya terhad kepada 256 warna,terlalu sedikit untuk sebuah header yang cukup menarik.

Kontra:

1. Kandungan flash bersaiz jauh lebih besar berbanding format gambar (JPG, PNG dan GIF). Ini menyebabkan blog bertambah berat, seberat hati pengunjung untuk menunggu kandungan tersebut dimuat turun. Ini adalah kelemahan terbesar kerana ia menyebabkan ramai yang akan menutup terus blog anda tanpa menunggu keseluruhan kandungan dilihat.

2. Flash juga memberi tekanan kepada pengguna netbook dan komputer berspesifikasi rendah. Kandungan flash boleh menyebabkan sesebuah netbook / komputer menjadi berat kerana penggunaan grafik dan proses yang agak tinggi. Dalam situasi terburuk, netbook mungkin akan freeze/hang.

3. Kandungan flash juga memerlukan plugin/addon pada browser. Walaupun ada pilihan untuk memasang add-on tersebut, sesetengah pengguna mungkin memilih untuk tidak memasangnya.

4. Flash tidak dapat dilihat jika pengguna membuka blog anda menggunakan mobile gadjet (handset dll)

android flash

Pada pendapat saya, kandungan flash memang mampu menarik perhatian pelawat. Akan tetapi kelemahan pertama dan kedua yang saya sebutkan diatas menyebabkan saya memilih untuk tidak menggunakannya. Lagipun, lebih mudah SEO dilakukan menggunakan header biasa berbanding menggunakan flash.

Keputusan untuk menggunakan header flash di tangan anda, tetapi sebelum melakukannya, seperti saya katakan pada awal tadi ; fikirkan dulu.

Tagged with 

14 thoughts on “Best sangat ke guna header flash?

  1. Betul2.. aku pun tak suka header flash kecuali seluruh website tu guna flash.. loading lembab pasal nak tgu benda tu kuar..

  2. ooo yer ke?…aku baruuu je cadang2 nak belajar pasang ehehe terus tak jadik..tp aku setuju kalau ade flash keseluruhan web tu memang bagus..aku pon baru nk belajar ni..ntah bileeee laaa nak reti..hehe

  3. yup mmg slalu sgt dan rmai org guna flash header skrrg ni.. aku tggu loading pon berat adess

  4. apa pentingnya header? content menarik lebih penting.. letak header flash ke, letak movie kat header ke, terpulang.. tapi benda tu benda paling last aku tengok dalam sesebuah blog.. biasa kalau kita masuk blog, terus scroll tengok entri.. kecuali header gugurl lawa… 😛

    • kalau letak gmbr seksi2 kt header, mmg lama ler org belek header tu…haha..

      bg aku..header lawa jer tak penting…kalau header lawa, lain hancur tak guna…biar the whole page tu menarik perhatian, bukan part header je

  5. header flash nie nk create camner? nk tau sjer….

  6. bagi aku, baik elakkan header flash. SEO yang baik datang dari content yang baik. betul tak?

    memang betul ramai pakai netbook sekarang, tak dilupakan yang pakai handphone untuk browsing, header flash tak menyumbang apa apa di sini.

    my2cents 🙂

  7. aku dh puas buat header flash masa zaman HTML dgn xoops dulu. skrg tak minat dah. SEO mmg terancam sebab google tak suke flash