A to Z mengenai Android

Pengenalan kepada mobile OS paling popular ; ANDROID

Android merupakan sistem operasi [operating-system - OS] untuk kegunaan telefon pintar [smartphone] yang berasaskan kernel Linux. Google Inc. membeli sistem tersebut dari pengasas awal, Android Inc. pada 2005. Google bekerjasama dengan Open Handset Alliance [gabungan lebih 80 pembangun yang bertujuan menetapkan standard peralatan mobiliti] dalam membangunkan OS tersebut.

Android mempunyai jumlah pembangun perisian yang paling banyak berbanding OS lain, hinggakan pada ketika ini, lebih 200,000 perisian telah dibangunkan khas untuk Android. Sehingga May 2011, 3 versi utama Android telah dikeluarkan :

 

  • 1.0
  • 1.1
  • 1.5 Cupcake
  • 1.6 Donut
  • 2.0
  • 2.1 Eclair
  • 2.2 Froyo
  • 2.3 Gingerbread
  • 3.0
  • 3.1 Honeycomb

 

Versi 2.2 Froyo adalah versi yang paling popular, dengan penguasaan pasaran sebanyak lebih 60% berbanding versi lain. Baru-baru ini, Google mengumumkan versi terbaru akan dinamakan Ice-Cream Sandwich.

Android Ice Cream Sandwich

Berikut pula senarai beberapa gajet yang menggunakan sistem operasi Android;

Smartphone:

  • Acer : beTouch E110, Liquid E, OT-980
  • Cherry : Magnum, Nova, Cosmo
  • CSL : Spice
  • Dell : Mini 3
  • HTC : Aria, Desire, Dream
  • Sony Ericsson : Xperia

Tablet :

  • Acer Iconia Tab
  • Advent Vega
  • Asus Ee Pad
  • Motorola Xoom
  • Samsung Galaxy Tab

Populariti Android amat gah berbanding OS lain. Sehingga May 2011, Andoid menguasai lebih 35% pasaran smartphone sedangkan OS lain hanya menembusi sekitar 2%-10%. Penguasaan pasaran oleh Android ini dijangka berterusan dalam masa beberapa tahun akan datang memandangkan pengeluar berlumba-lumba mengeluarkan gajet berasaskan OS tersebut.

p/s : suka sgt Froyo dalam Galaxy Tab.

kredit : Wikipedia

3 Comments

  • Froyo mmg terbaik dgn samsung galaxy tab..

    • btol tu abg man..froyo + galaxy tab = mantap…hehe

  • looks cool :)