Tutorial cari “lubuk”

Jika ditanya penyakit apa yang paling teruk melanda Malaysia sekarang, saya dengan yakin akan menjawab ; “Demam K-POP”. Saya pasti ramai yang akan setuju dengan jawapan tersebut. Tidak dinafikan, fenomena K-POP kat Malaysia ni semakin mengganas”Demam”nya pun sukar nak diubati. Saya sendiri salah seorang mangsa terawal penyakit ni (sejak 5-6 tahun lepas).

SNSD Kwon Yuri

Kepada rakan-rakan yang turut menjadi mangsa, pernah tak rakan-rakan semua berhadapan masalah mencari sumber (lagu/gambar/video) artis-artis K-POP kegemaran korang?. Saya beberapa kali menghadapi masalah macam ni, terutamanya untuk lagu-lagu yang baru sahaja keluar. Kebanyakansumber atas talian menggunakan bahasa inggeris, jadi mengambi masa untuk mereka menterjemah sumber-sumber tersebut dari bahasa Korea. Jadi di sini, saya berkongsi sedikit tips untuk mendapatkan lebih banyak sumber di atas talian.

Untuk makluman, cara sebegini bukan khusus untuk artis-artis KPOP sahaja, malah boleh digunakan untuk sumber-sumber bahasa lain seperti Jepun (J-POP), China, Taiwan dsb.

Sebagai contoh disini, saya cuba mencari wallpaper Girls’s Generation (SNSD), jadi saya gunakan Google Image Search untuk mencari gambar bersaiz besar. Jika saya gunakan perkataan “SNSD”, Google menyenaraikan ~450,000 gambar.

SNSD

Katakanlah, gambar yang tersenarai tidak memberikan cukup pilihan. Apa yang anda perlu buat adalah;

1. Search nama artis di wikipedia. Contohnya, page SNSD di Wikipedia.

2. Dapatkan nama artis tersebut dalam bahasa Korea.

SNSD Wiki

3. “Copy” nama Korea artis tersebut dan “paste” ke ruang Google search. Untuk artis Korea, biasanya wikipedia menempatkan nama mereka dalam 2 cara tulisan iaitu” Korean” dan “Hanja”. Anda boleh mencuba mana-mana tulisan untuk mendapatkan hasil yang lebih banyak. Sepertimana contoh yang saya berikan tadi, carian ???? (Korean) memberi ~517,000 hasil,

SNSD

mana kala carian ???? memberikan ~589,000 ,

SNSD

kedua-duanya memberi lebih banyak keputusan berbanding carian dengan bahasa inggeris.

Carian dengan cara ini juga mungkin membawa anda ke sesuatu halaman yang penuh dengan sumber yang anda ingini. Tetapi jika laman web tersebut juga dalam bahasa Korea, tak perlu risau, Google Translate sedia membantu!

 

Untuk mengelakkan masalah berlaku ketika memuat turun sumber ke PC anda, pastikan anda install Bahasa Korea (atau mana-mana bahasa berkaitan)ke dalam Windows.

Diharap perkongsian ni dapat membantu rakan-rakan. Selamat mencuba!

Tagged with 

14 thoughts on “Tutorial cari “lubuk”

  1. Tips yang bagus! Mula2 dulu memang pakai tips ni juga. Tapi sekarang terus guna Korean search engine cam Daum/Naver sebab tu lagi cepat cari gambar terbaru.

    Minat Yoona ke?

    • skang pun saya guna naver…sy bg tips ni sebab lagi sesuai utk byk jenis bahasa…bukan korean je…

      Yoona?…tet!!..salah!..hoho….fav member = Yuri…Yoona no 3 dlm list..hehe

  2. wahh, leh tackle keyword nih..haha..

  3. Terbaek dari ladang ne ,tak terpikir pulak cara ne ,memang terbaek la sollehahn

    • sori lewat sgt reply komen kat sini…sy baru balik dari bercuti di china…

      da lama sy guna cara ni..tu pun kebetulan masa mula-mula minat JPop / KPop ni dulu…

  4. Minat betul ngan snsd tuu

  5. Hey nice post^^. Feel free to learn Korean at my blog. Check out my latest post : Situation Dialogue 1

  6. thank for info..nice..hehe

  7. welcome…just kongsi pengalaman…huhu