Lajukan speed broadband yang dah habis limit hanya pembohongan?

Sejak kebelakangan ni, banyak blog yang menyiarkan artikel berkenaan cara-cara melajukan semula broadband yang dah habis limit. Mula-mula terlihat tajuknya, saya fikir “boleh ke? Kalau boleh, lingkup laa company broadband ni”. Jadi saya baca artikel tersebut dan kesimpulan yang saya buat; semuanya rekaan semata-mata.

Mengikut penulis berkaitan, melalui tutorial tersebut, pc/laptop akan ping ke server, dan membolehkan kelajuan tidak berkurangan. Tetapi bagi anda yang biasa menggunakan command prompt, anda akan tahu, skrip yang dimaksudkan hanyalah untuk ping ke laptop/pc sendiri!.

Habis, kenapa speed naik walaupun ping ke laptop/pc sendiri?. Jawapannya, command prompt menghantar/menerima isyarat ping dan menyebabkan trafik network meningkat. Cara yang betul untuk mengukur kelajuan broadband anda adalah menggunakan download manager [IDM, FDM] ataupun melihat pada downlaod window browser anda. Kelajuan pada download manager ini adalah kelajuan sebenar sambungan ke server sesuatu website [bukannya kelajuan data yang dihantar ke laptop/pc sendiri ; ping].

Jadi apa kesannya?. Command Prompt yang dibuat, meninggalkan kesan dalam jangkamasa yang lama, dan ia bukan kesan yang positif!. Command prompt tersebut akan menggunakan resources [processor/RAM] sedikit demi sedikit untuk melakukan tugas yang sia-sia [ping ke laptop/pc sendiri]. Resources yang digunakan akan meningkat dari semasa ke semasa menyebabkan laptop/pc anda semakin perlahan dan berkemungkinan akan HANG, terutamanya pada laptop dan pc dengan prestasi rendah.

Kesimpulannya; tutorial melajukan broadband hanyalah dongeng semata-mata. Nasihat saya ; cara terbaik melajukan semula broadband anda ialah dengan menambah limit anda!.

Tagged with 

24 thoughts on “Lajukan speed broadband yang dah habis limit hanya pembohongan?

  1. sy dah try..sy ping IP DNS.. saya dapati kalau ping IP DNS lebih stabil…bukan laju, tp stabil, but yet, cara macam tue hanya buang masa je… sb ping ini digunakan untuk benda lain…ramai yang kurang tahu apa itu PING sebenarnya..saya menggunakan Ping untuk tgk target saya alive atau tidak, atau nak tgk berapa laju respon rate saya dengan target IP yang saya ping

  2. he3..pernah juga buat..sebab terbaca dari sebuah blog……. he3…kena tipu lagi hmm….

  3. Ces, tipu rupanya.. Patutlah bila ping, kelajuan macam x berubah je.. Cara yang lebih baik lagi, guna unifi walaupun mahal..ha3

  4. Bukan tipu.. tapi kurang kajian terperinci.. biasa la tu kan.. wat da vak? broandband aku lembab cam siput..

  5. aha….ada betul nya

  6. aku pakai je streamyx. habis cerita. hehe..

  7. Ada tak broadband yang tak de limit? Lulz.

  8. broadband tu amat mustahil la nak bagi laju.
    streamyx rasanya boleh.kena sambung
    fiber optik.amat bahaya jika tak tahu tentang
    rangkaian komputer.boleh meletup.

  9. masalahnya…ping memang betul2 menjadi kat laptop aku..aku gune maxis..tapi prepaid broadband..aku punyer dah habs limit..so aku try la, memang jadi la…serious..laju balik…tp kalau gune broadbnd yg bulan2 kene byr tu x jadi la pulak sebb ip adressnyer slalu bertukar2…

    • saya pakai celcom broadband .. sepatutnya bil saya dah tamat .. tapi boleh digunakan lagi cuma speed tak laju laa .. macam mana ye nak bg laju sementara bil saya boleh digunakan lagi..kalau tahu inform kat saya ye..

  10. dh try guna speedtest ke?…rasanya bukan jadi laju..tapi stable…bila line stable, tu jadi smooth sikit bila surfing…