10 fakta menarik dunia IT

Agak sukar mencari masa nak update blog sekarang. So sementara ada mas sikit ni, saya kongsikan sikit fakta-fakta menarik berkaitan dunia IT.

1. Seagate memperkenalkan Hard Disk Drive [HDD] pertama didunia pada 1979, dan ia bersaiz 5MB

2. Jika anda membuka casing asal Macintosh, anda akan menemui 47 tandatangan . Setiap satu adalah milik ahli jabatan Macintosh di Apple  pada 1982

3. Teknologi yang terkandung dalam sebuah “Game Boy” pada tahun 2000, melebihi jumlah teknologi yang membawa manusia ke bulan pada 1969

4. Susunan keyboard QWERTY telah berusia lebih 130 tahun.
5. 1 Terabaytes [1TB] mampu memuatkan dokumen yang 16 kali lebih tinggi daripada ketinggian bangunan Empire State Building di New York

6. 12 orang jurutera yang mereka IBM menggunakan kod nama “The Dirty Dozen”

7. Ketika CD dicipta, perekanya menetapkan bahawa ia perlulah cukup besar untuk memuatkan karya Beethoven;Ninth Symphony berdurasi 72 minit

8. Rumah Bill Gates direka menggunakan Macintosh!

9. Radio mengambil masa 38 tahun, TV mengambil masa 13 tahun, tetapi World Wide Web hanya mengambil masa 4 tahun untuk mencapai 50 juta orang pengguna

10. Pada 2012, dijangka lebih 17 billion peralatan bersambung dengan internet

Tagged with 

10 thoughts on “10 fakta menarik dunia IT

  1. menarik.. tak sangka betul la..

  2. suka fakta nombor 8….hehehe

  3. Wah, fakta terakhir tu. Smartphone saya 100% connect to the internet. Memang tak best kalau sehari tak dapat jenguk twitter atau fb.

  4. semua fakta ni aku tak tahu lagi. haha..bagus, tambah ilmu hari ini.

  5. Kajian yang cukut teliti bro,sangat bermanfaat bagi eden ne

  6. bab rumah bill gates yg tak tahan tu..heheh..