Nak Touchpad pada PC?. Gantikan mouse anda dengan “dog”

Celluon evoMouse, merupakan gajet berbentuk anjing yang menjadikan apa-apa permukaan rata sebagai “touchpad“. Ia berfungsi dengan mengesan pergerakan jari anda, membolehkan kawalan PC dilakukan sepertimana menggunakan touchpad. Selain tugas biasa (skroll, right klik), ia turut membolehkan fungsi multitouch untuk tugasan zoom, rotate dll.

Harganya?.. $99. Gajet ini baru sahaja dilancarkan di UK. Untuk pengguna Malaysia yang berminat, tunggu la sedikit masa lagi (tu pun kalau masuk Malaysia…huhu).

evoMouse

Menariknya, “anjing” ini bukan sahaja boleh dipadankan dengan PC, malah iPhone, iPad, Blackberry dan mana-mana gajet Android. Berbaloi? Anda tentukan….

Tagged with 

8 thoughts on “Nak Touchpad pada PC?. Gantikan mouse anda dengan “dog”

  1. Dog Touchpad ni disambung pada pc guna USB atau wireless bro?
    Macam2 teknologi baru sekarang kan, dah tak terkejo teman..hehe

  2. mouse yg high technology..tp tak haus ke kulit jari tu??asyik kena tonyoh je hehe

  3. wah. nanti pc pun boleh ada touchpad macam laptop. benda ni boleh multi touch tak?

  4. Menarik, tapi mitak2 le design lain sikit. kura2 pun comel gak.