Himpunan “non-custom casing” paling menarik

Case modding menjadi satu budaya bagi mereka yang gemarkan PC casing yang gempak dan cun. Ada juga yang suka casing menarik, tapi tiada masa/malas untuk melakukan modding. Jika anda tergolong dalam golongan ini, apa kata anda beli sahaja mana-mana casing ni;

1. Thermaltake Level 10

thermaltake level 10

Casing yang menjadi bualan hangat di internet. Hasil usahasama BMW dan Thermaltake melahirkan cluster-based-casing yang sangat menarik ni.

2. X-Clear Arcylic

X-Clear Acrylic

Sesuai bagi mereka yang tak suka menyembunyikan hardware-hardware gempak dalam PC mereka. Juga mampu menerangi rumah anda jika dipasang dengan berbagai jenis LED.

3. GMC Bulldozer RC

BULLDOZER pc cASE

Sepertimana namanya, casing ni khas untuk mereka yang suka kelihatan “gagah”. Didatangkan dengan berbagai pilihan warna.

4. Coobeeo HELLO-Q

LEGO Pc Case

Didatangkan dengan plat LEGO di bahagian hadapan, casing ini boleh menyebabkan anda berada di depan PC untuk bermain LEGO dengan anak-anak anda

5. Moneual Lab Dual Screen

Dual Screen PC Case

Skrin komputer anda tidak cukup besar?. Casing ini ada penyelesaian. LCD kecil di bahagian hadapan memblehkan anda meletakkan berbagai jenis widget dan aplikasi-aplikasi sampingan supaya skrin utama anda tidak kelihatan berserabut.

9 thoughts on “Himpunan “non-custom casing” paling menarik

  1. I like casing no 1…
    Tempat simpanan hardware semuanya nampak kemas..

    • my personal favourite tuh…harganya…adoyai, tak sanggup nak sebut…..ada 5-6 contest aku masuk nk menang casing tu, tapi semua tak dapat…kuciwa2

  2. biasanya casing macam ni memang mahal, kecuali yang clear arcylic tu lah.. belum usha casing alienware, lagi gempak! yang n0.1 tu memang lawa, tapi kalau nak installation hardware dia cam rumit je nampak..

    • alienware mmg cun..tapi mahal giler…$400 sebijik..sampai malaysia tak ke da lebih 1k harga dia…

      no 1 tu aku pernah tgok live…senang je installation..skrewless suma…bukak, masuk harware, tutup balik…simple…huhu

  3. Pergh! cun giler… ada yg customnye lg plik2 tp ttp cun!..ehhehe

  4. no. 1 the best..yg no. 5 pon cun gak..