Buat ringtones sendiri ; senarai aplikasi yang diperlukan

create free mobile tones

Selalu tak korang belek majalah/suratkhabar sebab nak cari ringtone best-best untuk download? Berapa banyak korang habiskan duit untuk download ringtones2 tu sedangkan lagu-lagu tu ada je dalam simpanan korang? Kan free je kalau korang buat sendiri ringtones tu semua. Tak tahu nak buat macamana? Haa..download software-software ni dan buat ringtone sendiri. Free semuanya;

1. Switch

Gunakan switch ni untuk convert lagu korang ke format WAV. Untuk makluman, kebanyakan audio editor akan menggunakan format WAV untuk bekerja.

2. Wavepad

Lepas convert jadi WAV, gunakan Wavepad ni untuk edit dan potong mana-mana bahagian pada lagu tu.

Pastikan lagu yang dipotong tak melebihi 30 saat. Lagu yang lebih 30 saat hanya bazirkan storage je sebab ringtone hanya akan berbunyi selama 30 saat tu

Kalau korang perasan, fail WAV yang korang edit tu memang besar saiznya. So, lepas potong bahagian yang korang nak, sekali lagi, gunakan software Switch untuk convert lagu tu ke format yang korang nak. Saya suggest format MP3 atau AAC untuk saiz fail yang lebih kecil.

Untuk keserasian berbagai jenis telefon, gunakan format MP3

Ok. Tu je. Selamat mencuba!

Tagged with 

8 thoughts on “Buat ringtones sendiri ; senarai aplikasi yang diperlukan

  1. nice one…..

    tapi tak pernah dengar pula nama software di atas.
    aku biasa guna sound forge… tu pun sebab lecturer yg sruh. hihihi….

  2. pernah gak buat, ada yang menjadi, ada yang tak berapa menjadi..

  3. al solleh.. mmg aku memerlukan benda ni.. caya lu