Android mengganas, Symbian semakin dilupakan

Tahun 2010 menyaksikan perang besar antara pengeluar OS untuk smartphone. Masing-masing berusaha keras untuk menayangkan kebolehan OS ciptaan mereka. Gambar dibawah menunjukkan populariti/penggunaan OS mengikut jenis telefon, sepanjang Nov ’10 hingga Jan’11 yang lalu.

sumber gambar : Gizmodo

Nampaknya Android semakin mengganas dengan menguasai pasaran smartphone. Symbian sebagai antara OS terawal dikenali dalam smartphone gagal mempertahankan kedudukan hingga tercicir di belakang.

Apa-apapun, tahun ini kita bakal menyaksikan lebih banyak pertarungan sengit, bukan sahaja dari kalangan pengeluar OS, malah pengeluar smartphone. Pasaran Malaysia juga mula dibanjiri dengan smartphone dengan harga yang amat berpatutan. Pastikan anda tidak tenggelam dalam kebanjiran gajet ni!.

 

p/s : lama betul saya tak update blog ni…nasib baik belum sempat berhabuk…huhu…busy sangat la 2-3 minggu ni..

Tagged with 

6 thoughts on “Android mengganas, Symbian semakin dilupakan

  1. Terbaik ar android ne ,tapi saya masih menggunakan symbian ,memang bercadan nak bertukar kepada android pula cuma masih mencari mana yang berpatuatan dari segi harga dan berpotensi

  2. dah makin ramai yang guna android dan apple ios.

    mungkin nokia perlu drop symbian dan ikut langakh kompeni lain seperti samsung, sony e dan motorola menggunakan android os. = )

  3. Salam…belum pernah cuba OS Android ni…memang menarik