Tips memilih nama domain

Domain menjadi salah satu perkara yang paling utama dalam menjenamakan seebuah blog/laman web. Pelawat akan mengenali blog/laman web tersebut melalui domain. Disini saya kongsikan beberapa tips untuk memilih domain terbaik untuk anda.

1. Ringkas

Pastikan domain anda ringkas. Seelok-eloknya 1-3 patah perkataan / 10 abjad sahaja. Nama domain yang terlalu panjang akan menyukarkan orang untuk mengingatinya.

2. Mudah diingati

Gunakan nama yang mudah diingati. Lebih elok lagi, nama tersebut mampu melekat terus di kepala pelawat-pelawat anda. Ini memudahkan mereka untuk kembali semula.

3. Ejaan

xylitolidophia.com atau dscingis.com mungkin mudah diingati. Tetapi ejaannya yang complicated agak menyukarkan bagi pelawat. Jika menggunakan perkataan, pastikan ejaannya adalah ejaan mengikut kamus dewan, supaya mudah pelawat menaip.

Contoh-contoh domain yang mudah diingati:

cisdel.com
singgit.com
eastbullet.com
mamamurai.com
tips memilih domain
Tagged with 

13 thoughts on “Tips memilih nama domain

  1. Jai memilih deCrewz kerana…ntah..ha3.. Jai pun x tau macamana boleh terpilih nama tu.. adooii…he3

    • haha….decrewz senang ingat kot…cuma ejaan org sush skit nk ingat….tp ko rajin blogwalking jai…even orang x ingat pun, diorang bole klik tros kt link ko..

  2. baru perasan ada link di sini.. lama betul tak blogwalking, busy dengan game.. he3!
    kadang2 aku pelik gak, ada yang domain cam haram, asasdqdq.com (contoh) tapi PR tinggi..

    mostly orang yang tidak faham sangat dengan kepentingan domain name ini ialah golongan hawa (maaf,hanya pendapat) .. depa just nak sedap didengar je, dan tak fikir tentang benda lain.. licious2la, soulzness, pelik2 la semua…

    p/s : sedap gak soulzness erk….

    • huh…best tol dapat men game sampai busy…aku je, busy sangat sampai tak dapat men game…zZzZz

      domain pelik, PR tinggi, no komen…kadang2 ada yg dpt PR tu melalui spamming je…

      aku pun setuju ngan ko…kebanyakan nama2 domain yang pelik ni milik perempuan…blog lelaki selalunya perkataan2 simple je..

  3. emm, lagi pendek, lagi mudah nak ingat.

  4. eh? ada link.. thanks.. btw, nape tak bagi backlink? tak dapat pon kat sana.. huhu..

    singgit.com tercetus secara tak sengaja.. beli, peram, buat blog.. hehe..

  5. Saya pun pada asalnya nak buat domain hisyamnozi.com. Tapi macam panjang so saya tukar hisyam92.com nak nampak pendek sikit.

  6. betul tu bro,kalau nama pelik2, orang nak ingat pun susah, pakcik Google pun susah nak singgah..hehe

  7. domain aku jadikan contoh jugak la.. haha