Tutorial : Membuat Jaringan Wireless Ad Hoc di Windows 7

Dalam entri “Request Content” , saudara  RozaniGhani meminta saya membuat tutorial membuat Wireless Ad Hoc untuk Windows 7. Untuk makluman, jaringan ad hoc ini biasanya digunakan untuk bermain games secara LAN (DoTA, NFS, WoW, dll) tanpa memerlukan sambungan internet. Jaringan ini juga membolehkan beberapa komputer untuk berkongsi fail secara wireless. Satu cara alternatif adalah menggunakan kabel LAN. Walaupun sambungan lebih laju, ia selalu digunakan pada 2 komputer sahaja. Untuk menyambungkan, lebih dari 2 komputer menggunakan kabel, anda perlu memperuntukkan sedikit kos untuk membeli router/switch.

OK. Tak perlu berceloteh panjang, saya teruskan dengan tutorial.

1. Klik ikon network di taskbar, kemudian klik “Open Network and Sharing Center”

tutorial window 7 ad hoc network

2. Klik “Setup a New Connection or Network”

Tutorial Window 7 ad hoc network

3. Satu window akan muncul. Klik pada “Setup a wireless ad hoc (computer to computer) network

Tutorial Window 7 ad hoc network

4. Klik “Next”

tutorial windows 7 ad hoc network

5. Taipkan nama network yang anda inginkan pada petak “Network Name”. Gunakan “No authentication (Open)” untuk “Security Type”. Jika anda perlukan privasi, gunakan “WEP” dan isikan petak “Security Key” dengan password mengikut kehendak anda. Tick “Save this network” supaya anda tidak perlu membuat network tersebut beberapa kali. Klik “Next”

tutorial windows 7 ad hoc network

6. Selesai!

tutorial windows 7 ad hoc network

7. Jika anda klik semula ikon network di taskbar, network yang anda create tadi akan muncul.

tutorial windows 7 ad hoc network

8. Sekarang, rakan-rakan anda yang lain boleh connect dengan ad hoc network tersebut dan teruskan misi anda untuk bermain games!

Selamat mencuba!

Tagged with 

8 thoughts on “Tutorial : Membuat Jaringan Wireless Ad Hoc di Windows 7

  1. tips tambahan : kalau buat connection kat public, silalah letak password. Kalau buat open, kene hack la nanti…

  2. kalau dah connect tapi limited camne?

    • jaringan adhoc tu mmg akan jadi limited….sebab tak dapat connect ngan internet…tapi still boleh digunakan untuk kegunaan komputer-komputer dalam network tu..

  3. kenapa Klik pada “Setup a wireless ad hoc (computer to computer) network gak ada pd komputer sy, sy pakai system oprasi windows 7

  4. tutorial yg pling sng..thanx..