AMD meraikan hari kekasih bersama Intel

Bagi umat Islam, Hari Kekasih, atau Valentine Day adalah satu perayaan yang sangat tidak digalakkan. Tetapi Valentine Day tahun ini menjadi satu sejarah, meninggalkan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan dalam dunia IT, apabila AMD menghantar mug dengan tulisan “I love APU” (Accelerated Processing Unit) dan coklat berbentuk prosessor kepada Intel. Bersama-sama coklat tersebut, dilampirkan sekeping nota yang berbunyi;

I heard that Sandy B. broke your heart and wanted to let you know that I’m here for you. Oh, and I have a cousin from Llano, Texas I’d like to introduce you to soon–I think you two will really hit it off!
XOXO,
AMD Fusion APU

Coklat Prosesor AMD kepada Intel“Sandy B.” merujuk kepada Sandy Bridge kepunyaan Intel yang mengalami masalah baru-baru ini. AMD begitu bangga apabila platform “Fusion” ciptaannya digunakan dalam beberapa gadjet, termasuk HP Pavilion dz1 dn Lenovo Thinkpad x12oe.

p/s: Gelak guling-guling atas lantai. haha

Sumber : Engadget

10 thoughts on “AMD meraikan hari kekasih bersama Intel

  1. i Love AMD…!!!!!

    apa2pun, bukan Valentine;s day tak digalakkan disambut, memang haram sambut..

  2. ak lg ske intel.. lg seswai ngan jiwa ak kut..

  3. Salam bro, dh lama x komen2 ni.. mood bru datang balik ni..

    aisehmen.. layout blog dah tuka lg yea.. mmg best..