Yang Paling Memalukan dalam Dunia IT Sepanjang 2010

Tahun 2010 telah kita tinggalkan, 2011 membuka lembaran. Begitu banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun 2010, yang gemilang, yang mengejutkan. Tetapi yang pasti tidak dapat dilupakan, perkara-perkara yang memalukan. Saya himpunkan disini, kisah-kisah yang memalukan dalam dunia IT, sepanjang 2010.

1. Tweet

Laman tweeter digemparkan dengan beberapa gambar-gambar lucah artis-artis terkenal. Yang paling mengejutkan, tweet Hayley Williams, penyayi kumpulan Paramore, yang memaparkan gambarnya diatas katil, dengan payudara terdedah.
hayley williams twitpic nude
Hayley Williams mendakwa, akaun tweeternya telah digodam, dan penggodam tersebut yang menyebarkan tweet tersebut. Walaubagaimanapun, sesetengah pihak berpendapat, Hayley sendiri yang melakukannya.

2. Produk mudahalih

iPad dan iPhone 4 menjadi gadjet terhangat pada 2010. Bagaimanapun, ada sesetengah produk yang tidak langsung dapat diterima. Microsoft Kin, didakwa disasarkan untuk golongan muda yang gemar bersosial. Tetapi peranti tersebut langsung tidak dilengkapi apa-apa kemudahan laman sosial.
misrosoft kin
Tiada pautan ke Facebook,tweeter, atau mana-mana laman sosial. Kurang sokongan aplikasi. Menyedari hakikat ini, Microsoft segera menarik semula produk tersebut dari pasaran, hanya 7 minggu selepas ia dilancarkan.

3. Perisian keselamatan

McAfee merupakan salah satu perisian anti-virus terkemuka di dunia. 2010 menjadi tahun paling memalukan apabila beribu-ribu komputer crash kerana mereka. Pengguna-pengguna Windows XP yang melakukan proses update menghadapi masalah apabila komputer mereka restart tanpa henti.
mc afee not proven
Sehingga kini, pihak McAfee tidak dapat memberi penjelasan yang baik diatas apa yang berlaku

4. Pencapaian

Facebook mencatatkan 550 juta pengguna aktif bulanan, pada penghujung 2010. Perkembangan ini ternyata memberi kesan kepada laman sosial lain, terutamanya MySpace, yang mencatatkan “pencapaian” paling memalukan dalam sejarah kewujudannya.

MySpace mencatatkan pengurangan sehingga separuh jumlah penggunanya sepanjang 2010. Logo barunya ; My________ juga mendapat kritikan hebat pengguna internet.

5. Cetak RompakTahun 2010 mencatat sejarah hitam kepada pengasas laman web The Pirate Bay, yang dipenjarakan akibat kesalahan pelanggaran hak cipta.
pirate bay busted
Ini merupakan tamparan hebat kepada lanun-lanun atas talian. Sebelum ini, The Pirate Bay mendakwa mereka kebal dari tindakan undang-undang kerana mereka hanya menjadi hub perkongsian. Akan tetapi undang-undang membuktikan sebaliknya.

Walau apapun yang berlaku sepanjang 2010, diharap dunia IT terus berkembang, terutamanya di Malaysia. Jumlah blogger aktif di Malaysia juga dilihat berkembang pesat sepanjang 2010.

Tagged with 

32 thoughts on “Yang Paling Memalukan dalam Dunia IT Sepanjang 2010

  1. microsoft just perlu focus on software development je. gadjet2 ni diorang mmg fail

  2. nice!!thanks for sharing..

  3. yang pic mula2 takley tahan tuh.. cover la sikit… 😛
    nasib baikla negara kita Malaysia tak terlibat dengan perkara memalukan dalam dunia IT ni, cuma memalukan dalam politik je..

  4. Ades.. Betul2 memalukan lagi2 gmbar 1st, Jai yg termalu sendirian..wahaha..
    Pirate bay da xde la ni? Uish.. Da xde port nak mnjadi lanun..hu3.
    Kat malaysia blogger makin meningkat, silap haribulan, FB pun down jugak disebabkan blogger..sapa tau..

    • hoho..ko ke yg sebar gambar tu jai?..
      lanun2 masih byk lagi port…pandai2 ar carik kat ceruk2 yang polis tak jumpa tuh…
      ada kemungkinan gak tuh…aku tgok kt gengblogger pun, ahli dah cecah 14k…

  5. kat sini pun dah tersebar gambar tu. hahaha..

    kesian gak kat myspace. dulu pernah ada gak acc myspace, tapi tak aktif. huhu..

    • hoho…tak pasal2 aku pun jadik pengedar ek…

      aku pun ada acc myspace, tapi x pernah guna, sbb pd aku, friendster dulu lebih baik berbanding myspace

  6. abis ar mcafee…lebih baik xda guna lngsung anti virus..hoho..

  7. facebook membunuh..
    hahahaha.
    ;D

  8. Naya juga kalau gambar tersebar diseluruh dunia..kesian kat my_______ he3..memang tak terspace langsung dah..

  9. Wah menarik betul kisah2 diatas. Tak sangka yang
    Antivirus Mcafee tu, macamana dia nk percayakan balik
    pengguna semua kan..

    • Tu la pasal…bertahun2 diorang build up reputation…tiba2 hancur sebab satu kesilapan kecik…nak tak nak, terpaksa la diorang bermula dari bawah semula, build up reputation bit by bit…

  10. em..the pirate ebay tu..ohh..banyak kenangan lama dulu..

  11. aik,,idop je lagi aku tgk web piratebay tuh

  12. hehe. nice lah benda ni. nasib baik saya pakai kaspersky. beli yang 3 user terus. bagi kat awek 1, jual 1.

  13. aku suka yang nombor 1 je.. yang lain tak suka.. wohoo.. nice pose (bukan post)

  14. ehhh.. lupe nak cakap.. yang ko g tutup dengan selotape hitam tu buat ape? anti klimax btul la

  15. isu windows vista tu memalukan juga..haha..tapi tu taun bile eh? hehee

  16. isu hangat 2011 pula…SKMM block laman sesawang free donlod…dan kerajaan MAS sebuk di hack….haish…

  17. http://www.facebook.com/pages/Angry-Birds-Pendrive-4GB-only/247977378551501

    ANDA MINAT ANGRY BIRDS??

    click link di atas untuk order pendrives ANGRY BIRDS 🙂

    RM 35 EACH

  18. macam2 ye mende berlaku tahun lps…bnyak yg aku x tau lansung…tmbah2 hp microsoft tuh…