U- Socket : Cas gajet USB terus dari soket

Saya pernah memiliki MotoRazr satu ketika dulu. Kemudian saya kehilangan pengecas, menyebabkan saya terpaksa mengecas gajet tersebut terus melalui kabel USB yang disambung ke PC. Proses tersebut mengambil masa yang sangat lama, kadangkala sehingga 10-12 jam. Jadi PC saya perlu dihidupkan sepanjang masa tersebut. Sangat leceh. Hari ini, pasaran dilambakkan dengan gajet yang menggunakan sambungan USB untuk dicas. Antaranya, iPhone, iPad, iPod, Blackberry, dan PSP. Hal ini menyebabkan syarikat FastMac mengeluarkan U – Socket, soket yang boleh disambung terus ke gajet melalui kabel USB.

FastMac U-Socket

Produk ini membolehkan gajet dicas terus melalui soket, tanpa memerlukan sambungan ke PC, sekaligus menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. U-Socket boleh dibeli di laman web FastMac dengan harga USD19.95.

Tagged with 

6 thoughts on “U- Socket : Cas gajet USB terus dari soket

  1. Ho3.. X meletup ke?

  2. riso gk takut adaptor dia xbrape bgs. meletop gadjet, nangis lak nnt. huhu

  3. tak pernah lagi cas pakai usb. lambat nak penuh.