Tutorial : Kaedah ringkas mencipta animated image

Tutorial ringkas cara-cara membuat animated image dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop.

1. Buat satu rekaan grafik ringkas dengan Adobe Photoshop.

2. Klik pada Window > Animationanimated gif using photoshop

3. Tetingkap  “Animation” akan muncul di bahagian bawah

animated gif using photoshop

4. Klik ikon “new frame” seperti ditunjuk dalam gambar di bawah

animated gif using photoshop

5. Frame baru akan muncul di sebelah kanan

animated gif using photoshop

6. Edit frame kedua tersebut mengikut kreativiti anda untuk mendapatkan jenis animasi yang anda mahukan. Untuk tutorial ini, saya gunakan effect “Outer Glow” pada teks untuk mendapatkan animasi teks yang berkelip-kelip.

animated gif using photoshop

7. Klik “0 sec” di bawah setiap frame untuk menukar masa animasi.

animated gif using photoshop

8. Saya gunakan 1 saat setiap frame untuk mendapatkan kelipan yang lambat.

animated gif using photoshop

9. Gunakan button “Play” di bawah tetingkap animation untuk melihat hasil animasi anda.

animated gif using photoshop

10. Untuk menyimpan hasil animasi anda, klik pada File > Save for Web & Devices…

animated gif using photoshop

11. Pilih jenis fail “GIF” dan klik “Save”.

animated gif using photoshop

12. Ini adalah contoh animasi GIF yang saya buat.

animated gif using photoshop

OK. Siap. Harap dapat faham tutorial ringkas ni. Lain kali, saya akan tunjuk jenis-jenis animasi lain yang anda boleh buat menggunakan Photoshop.

Tagged with 

17 thoughts on “Tutorial : Kaedah ringkas mencipta animated image

  1. nice share…dr aritu cari benda ni…thanx…

  2. terima kasih! aku baru2 nak jinak dengan animation ni.. xsangka photoshop pun leh buat.. =)

  3. kalau rajin dan takde keje, buat kartoon guna benda ni.. memang leceh kene gerak sikit-sikit…

  4. dulu kena pakai image ready untuk buat benda ni tapi sekarang senang pakai guna photoshop jer…

  5. mcm mane nak wat tulisan wane biru pastu background jadi warna hitam ?

  6. terima kasih.

  7. apsal bila aku upload gambar animated kat blog x jadi?jadi static jer…. mcm mane ni?

  8. ade problem skit kat sini nih…bila aku nk upload jer kat blog,gambar tu jadi static…ada cara penyelesaian x?

  9. ok tq for the info..