Tutorial : Buat watermark pada gambar

Kaedah watermarking pada gambar menjadi budaya di kalangan graphic designer dan blogger bagi mengelakkan hasil kerja mereka diciplak oleh pihak lain. Watermark juga mampu menjadi medium promosi yang baik. Saya pasti ada blogger yang membuat watermark menggunakan Windows Paint. Bagi yang menggunakan Photoshop pula, mungkin kaedah yang paling biasa adalah menggunakan Type Tools. Tetapi, kaedah menaip tersebut menjadi leceh sekiranya anda mempunyai banyak gambar yang perlu di tag. Disini saya kongsikan cara membuat watermark yang lebih mudah, tanpa perlu menaip berulang-kali.

1. Pergi ke File > New (atau tekan Ctrl+N) . Buat file baru mengikut kesesuaian saiz. Saiz besar digalakkan. Lebihkan sedikit berbanding saiz watermark yang anda mahukan. Saya gunakan saiz 700 x 200 px. Pastikan Background content diset kepada “transparent“. Klik OK

Photoshop Watermarking

2. Klik pada ikon Horizontal Type Tool (bertanda petak merah dalam rajah)

Photoshop Tutorial3. Taipkan watermark yang anda inginkan.

Photoshop Tutorial

4. Set style font dan saiz tulisan.

Photoshop Tutorial

5. Klik pada Edit > Define Brush Preset…

Photoshop Tutorial

6. Tetingkap baru akan muncul. Taipkan “watermark” pada ruang “name”. Fail ini kemudian boleh ditutup tanpa perlu save.

Photoshop Tutorial

7. Buka gambar yang ingin diletak watermark di Photoshop. Buat satu layer baru pada gambar tersebut dengan meng-klik ikon “create a new layer” di sebelah kanan, bawah skrin (bertanda petak di rajah). Double klik layer baru tersebut dan namakan sebagai “watermark“. Watermark dibuat pada layer berlainan untuk memudahkan proses mengubah saiz atau kedudukan watermark tersebut jika tidak sesuai.

Photoshop Tutorial

8. Klik pada ikon “Brush Tools

Photoshop Tutorial

9. Gerakkan cursor mouse anda ke atas gambar dan right-klik. Tetingkap brush akan muncul. Anda akan dapati watermark yang anda buat tadi berada di petak terakhir. Klik brush tersebut.

Photoshop Tutorial

10. Klik petak “Set Foreground Colour” di tab kiri (ikon petak dalam rajah)

Photoshop Tutorial

11. Pilih warna yang anda mahukan

Photoshop Tutorial

12. Klik brush tadi pada gambar. Watermark yang anda buat tadi akan muncul, dengan warna pilihan anda.

Photoshop Tutorial

13. Anda boleh menghias watermark ini dengan menambah beberapa efek. Efek pertama, saya gunakan “stroke“. Klik sahaja pada ikon blending option di sebelah kanan, bawah (ikon bertanda fx) dan pilih “Stroke…”

Photoshop Tutorial

14. Setkan warna dan saiz stroke

Photoshop Tutorial

15. Saya juga menambah efek “Drop Shadow…“. Kemudian Klik OK

Photoshop Tutorial

16. Siap sudah watermark anda. Untuk meletakkan watermark yang sama kepada gambar-gambar lain, copy sahaja layer “watermark” yang anda buat tadi, dan paste-kan ke gambar-gambar lain. Mudah!

Photoshop Tutorial

Selamat mencuba!

p/s : entri request daripada Eriyza di entri “Request Content anda Disini

Tagged with 

21 thoughts on “Tutorial : Buat watermark pada gambar

  1. la.. cuma tambah teks macam biasa kan.

  2. Sebelum ni saya buat satu gambar watermark kemudian cuma copypaste dalam gambar-gambar yang saya nak. Panduan ni memang berguna cuma saya rasa copypaste lagi cepat untuk saya sebab tak perlu klik untuk create layer baru dan tak perlu klik mcm2 untuk warna dan effect. Ada tak cara yang sekali klik je watermark kita dah siap dengan kaler dan effect yang saya nak?

  3. Saya sebelum ni buat watermark cuma copy paste watermark yang saya buat dalam format png. tapi penat gak sebab kena buat satu2. Dah ada tutorial ni, tak susah dah lepas ni. Beribu gambo pun boleh buat watermark….hehehehe… anyway terima kasih bebanyak yer…..

  4. cari aplikasi ImageResizer, lebih mudah.. tak perlu paste satu2 watermark pada gambar..

    psst.. pastikan gambar itu kepunyaan anda baru boleh letak watermark.. hehe..

  5. Err… rumitnya.
    Camno cheq nak wat nih?? :((

  6. Ho3.. Menjadi jugak.. Tapi nak try & error yang lain2…he3

  7. […] nuffnang_bid = "2dbdb5a865e38fada849d0d11f2b2e9d"; Dalam entri sebelum ni, saya tunjukkan bagaimana membuat watermark pada gambar, dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Saya terima beberapa respon dari pembaca, antaranya ; […]

  8. macam mana nak letakkan watermark 2 dekat gambar?gambar tu kena edit ke adobe ke?watermark tu dah buat tapi tak tau macam ne nk boh jer? 🙁

  9. nape bile sampai step Edit>Define Brush Preset dia tak boleh tekan eh ?

    • sorry lewat reply…masih dlm mood raya…hehe..

      kalau sesuatu function disabled/greyed out dalam photoshop, maknanya ada perubahan yg belum diconfirmkan…contoh; ubah saiz, crop..semua step tu kena tekan enter untuk confirm perubahan sebelum edit benda lain…hope ni membantu

  10. nice & good info tq tuan tanah..

    nak try nieh..hehe

  11. terima kasih diatas tutorial yang memudahkan saya. Semoga saudara sendiri dimurahkan rezeki.

  12. … [Trackback]…

    […] There you will find 91549 more Infos: sollehahn.com/blog/2011/01/25/tutorial-buat-watermark-pada-gambar/ […]…