Tutorial : Buat watermark pada banyak gambar

Dalam entri sebelum ni, saya tunjukkan bagaimana membuat watermark pada gambar, dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Saya terima beberapa respon dari pembaca, antaranya ;

Nosarikin : Ada tak cara yang sekali klik je watermark kita dah siap dengan kaler dan effect yang saya nak?

Eriyza : Err… rumitnya..Camno cheq nak wat nih??

Singgit : cari aplikasi ImageResizer, lebih mudah.. tak perlu paste satu2 watermark pada gambar..

Terima kasih kepada singgit. Saya terus cari Image Resizer tu dan try, memang senang. Setel terus masalah Norasikin dan Eriyza tu. Ok. Apa2 pun, download dulu Image Resizer ni;

Download VSO Image Resizer di sini.

1. Lepas install, terus boleh guna. Interface pun simple. Untuk tambah gambar, klik button “Files…” kat bahagian atas, dan pilih gambar.

Image Resizer Watermark

2. Gambar tersebut akan diload ke “File list”

Image Resizer Watermark

3. Untuk menambah banyak gambar, anda boleh load satu persatu, atau terus gunakan button “Folder…”.

Image Resizer Watermark

4. Klik tab “Option”. Pastikan anda gunakan Profile “Original Resolution”. Kemudian pergi ke tab “Effect” dan tick pada “Integrate Watermark”.

Image Resizer Watermark

5. Klik button “Watermark”

Image Resizer Watermark

6. Untuk menggunakan watermark gambar, load sahaja melalui tab “Image”. Tetapi pastikan anda telah menyediakan gambar yang sesuai [saiz, background, transparency dsb]. Untuk menggunakan text watermark, klik tab “Text” dan taipkan teks yang anda inginkan. Setkan style/saiz/warna font. Pilih Transparent” untuk background. Set kedudukan pada petak “Position”. Klik “Preview” untuk melihat contoh hasil gambar.

Image Resizer Watermark

7. Klik button “Process”

Image Resizer Watermark

8. Siap!.

Image Resizer Watermark

Memang mudah dan ringkas!. Buat watermark pada banyak gambar pun senang. Tak perlu klik banyak-banyak kali. Sekali jalan je. Terima kasih sekali lagi kepada Singgit yang suggest perisian ni. Kepada Nosarikin dan Eriyza, diharap tutorial yang ni dapat menjawab persoalan-persoalan anda.

Tagged with 

21 thoughts on “Tutorial : Buat watermark pada banyak gambar

  1. kalo yang lebih advance, boleh guna photoshop action.. sekali tekan, semua benda siap.. tapi nak sediakan action script tu yang susah… 😀

  2. aku lebih suka guna software nie untuk resize gambar, biar fit ke dalam entry aku.. =)

    @eastbullet
    boleh buat untuk banyak gambar sekaligus ke? atau kena juga buka semua gambar dalam CS? tak tau pulak.. boleh ajarkan? hehe..

  3. Memanglah gambar or apa benda yang anda kat sini ada bukan 100 milik aku contoh kat sini gambar..Tetapi gambar yang diedit dan diubahsuai mengikut kesukaan aku pun masih lagi nak curi. Aku pun edit gambar pun bukan cantik mane pun tapi still nak ambil jugak..Memanglah dalam gambar tu ada link website aku dan secara tak langsung ianya akan mempromosi blog aku. Tetapi bagi si pencurimane depa pikir…Depa ambil gambar tudepa editcrop gambar buang link blog aku..Tulah pasal aku letak Disable Right Click tu.

  4. wahhh..artikel menarik.. teruskan menulis lagi 😀

  5. mudah2.. software nie aku takda lagi.. download jap.. huhu

  6. hmm sempoi gak ni..ari tu saya ada tanya..seorang blogger pmpn..upah buat watermark rm18.00 huhuhu…

  7. Thanks.
    Akan dicoba.

    ps : Anda maseh utang header dgn sy. 😀

  8. ok. dah download software tu. memang banyak membantu ni.

  9. cool jugak cara ni. tak pernah lagi try

  10. nice!..mcm eastbullet ckp nk advance buat gne PS Script, aku ada buat gak..tp kalu yg nk biasa2 atau xmhir ps dan nk cepat better guna ni,

  11. Alhamdulillah sy dah blh buat..l.dari x tau pape skrg dah pandai…suka sangat… 🙂

  12. […] itu, VSO Image Resizer juga adalah pilihan yang baik untuk mengecilkan gambar dan menambah […]