SEO Tips : Apa yang kurang pada link exchange?

Link exchange di kalangan blogger kini sudah menjadi suatu budaya. Pantang ada tawaran untuk bertukar-tukar link di sesuatu blog, pasti mendapat sambutan ramai. Pertukaran ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan incoming links ke blog, sekaligus menaikkan ranking blog dalam search engine. Ia memang sesuatu yang bagus, tidak salah. Tetapi ada satu sahaja kekurangan dalam kaedah ini ; incoming links hanya akan masuk ke satu page, iaitu front page blog.

Link masuk ke berbagai halaman [page] akan menunjukkan bahawa sesuatu blog itu memiliki banyak koleksi artikel-artikel yang berguna. Jika banyak link masuk ke suatu halaman sahaja, enjin carian akan beranggapan bahawa blog tersebut tidak memiliki maklumat yang banyak, malah lebih teruk, enjin carian mungkin menganggap semua link tersebut di ‘generate’ secara automated.

Ada beberapa cara boleh dilakukan untuk mendapatkan link masuk ke berbagai halaman:

1. Gunakan plugin Comment Luv sebaik-baiknya
Yang saya maksudkan disini, plugin comment luv pada kotak-kotak komen di blog-blog lain. Apabila memberi komen di blog yang memasang plugin ini, pastikan anda tidak meletakkan link ke satu sahaja artikel anda. Jika anda memberi komen di berbagai post di satu blog, pelbagaikan artikel untuk dipaut di comment luv. Dengan cara ini, tidak hanya sesuatu artikel tertentu dapat dipaut dari blog tersebut.

comment

2. Artikel berkualiti
Tulislah artikel yang berkualiti, berinformasi, bukan setakat melepas batuk di tangga. Dengan cara ini, blogger-blogger lain tidak segan-segan untuk memberi pautan ke artikel tersebut. Jika anda menulis mengenai kisah peribadi, cuba fikirkan, berapa ramai orang yang sudi untuk berkongsi kisah hidup anda dengan orang lain?. Pandangan saya, tidak salah untuk menulis mengenai peribadi, tetapi, lebihkan artikel-artikel berinformasi di blog anda.

3. Laman sosial
Jika anda memiliki laman sosial [Facebook, Twitter] yang anda gunakan hanya untuk berhubung dengan rakan-rakan, bermakna anda tidak mempergunakan sepenuhnya kelebihan anda itu. Gunakan laman tersebut untuk menyebarkan artikel anda, setiap kali anda menulis artikel baru. Di Facebook, cara termudah adalah dengan menggunakan aplikasi NetworkedBlogs. Dengan aplikasi ini, setiap artikel baru akan dipost secara automatik ke wall anda. Anda juga boleh membuat fanpage blog anda sendiri supaya artikel-artikel tersebut tidak hanya tersebar ke rakan dan kenalan anda.

4. Aggregator
Gunakan laman Innit , Gengblogger dan banyak lagi blog pinger lain untuk ping artikel anda. Komuniti blogger di laman-laman sebegini tidak jemu untuk datang membaca artikel-artikel berkualiti. Gunakan laman ini sebaik-baiknya.

Ada berbagai cara lagi yang boleh digunakan. Gunakan kreativiti anda untuk memastikan artikel-artikel berguna di blog anda dibaca oleh ramai orang. Satu nasihat saya, jangan sesekali melakukan spamming. Salah satu contoh spam di kotak komen:

Good post =)
my latest post :
1. entri satu
2. entri dua
3. entri tiga

Komen sebegini mungkin menguntungkan anda dalan jangkamasa pendek, tetapi untuk jangkamasa panjang, ia merugikan. Jika sesuatu blog menggunakan plugin akismet, komen sebegini dilabel terus sebagai spam. Jika sekali dua, mungkin pemilik blog approve komen anda, tetapi jika 4-5 komen sehari di blog tersebut, silap-silap, anda terun di ban. Komenlah dengan ikhlas, jadi pemilik blog tidak segan untuk bertandang semula ke blog anda.

p/s : entri ini adalah request daripada saudara Zainol Rashid.

26 thoughts on “SEO Tips : Apa yang kurang pada link exchange?

  1. Selamat tahun baru..wah boleh request ker artikel mana yan kita nak he3..blog ni pun bnyk artikel yang berkualiti 🙂 teruskan usaha dan semakin ramai pengunjung datang kesini 🙂

    • selamat tahun baru..
      saya sekadar berkongsi info2 yang saya ketahui. berkualiti@tidak, bergantung kepada pembaca…terima kasih sebab abg man salah seorang pembaca setia…

  2. hehehe ni sebab aku suka komen2 di blog orang ni XD

  3. Salam Sollehahn..
    Entri yang cukup informatif. Namun kuasa penentu halacara dan tujuan berblog masih lagi terletak ditangan pemilik blog tersebut…
    Terima kasih bagi info..

  4. 1st time dengar Exagerator ape tu?
    sama dengan aggregator ke?

  5. Nice sharing info bro.. Jai baru lagi dalam dunia blog.. Harap beri tunjuk ajar.. Kalau ada yang tidak kena, tegur je.. 🙂 Peace, no war

  6. Perkongsian yang bernas. Banyak juga yang aku tak tahu.. thumbs up

  7. Mengenai status Innit rasa sayu mendengarnya belum layak lagi 🙁

  8. sangat suka higlightkan penggunaan aggrerator tu..

    memang terbaik = )

  9. owh..
    ilmu lagi !
    SCC suke !
    terima kasih ye tuan tanah =D

  10. oke aku dah komen sini..harap backlink dari komen ni naik wahahaha

    aku tunggu kat blogger stats hahaha

  11. terima kasih untuk ilmu ini , tengah belajar nak meghasilkan artikle terbaik dan backlink cam mana heee…

  12. yaya.. btul2.. tapi aku nak letak jgk url aku yg best ni..

  13. saya sendiri pun jaang main tukar-tukar link ni.. lebih suka jalan-jalan buat blogwalking dan tinggalkan komen