Sebab-sebab perkhidmatan Facebook TIDAK MUNGKIN ditamatkan

Sejak Ahad lalu, dunia internet, terutamanya di laman Facebook dan blog-blog, dikejutkan dengan berita mengenai penutupan laman Facebook pada 15 Mac depan. Akan tetapi, jika difikirkan secara logik akal, ia adalah sesuatu yang mustahil. Laman Facebook pada akhir tahun lalu ditaksirkan bernilai sekurang-kurangnya USD 50 billion.

“Managing [Facebook] has ruined my life. I need to put an end to all the madness.” -Mark Zuckerberg

Itu adalah “petikan” dari laman web asal yang menyiarkan berita tersebut, yang didakwa dikatakan oleh pengasas Facebook, Zuckerberg. Kalau pun betul Zuckerberg sudah bosan dengan kegilaan dalam hidupnya, dan mahukan hidup yang normal, saya tidak fikir yang dia begitu bodoh untuk menutupnya terus. Mungkinkah ada manusia di dunia ni yang sanggup melenyapkan terus USD 50 billion begitu sahaja?. Daripada menutup Facebook begitu sahaja, menjualnya kepada pihak lain adalah satu-satunya pilihan yang paling bijak.

mark zuckerberg gelak je

Satu lagi sebab yang logik, jika benar Zuckerberg berhajat menamatkan Facebook, mengapa dia bersusah payah membangunkan sistem Facebook Mail, yang baru sahaja dilancarkan. Ada ke pengeluar kereta yang memperkenalkan aksesori baru untuk keretanya, sedangkan pengeluaran kereta tersebut akan ditamatkan?.

Apa yang boleh disimpulkan disini, berita mengenai penutupan Facebook adalah satu penipuan semata-mata. Laman web asal yang menyiarkan berita tersebut sendiri terkenal dengan banyak penipuan dan maklumat palsu sebelum ini. Tak perlu saya sebutkan laman web tersebut, kerana memang tujuan utama mereka menyiarkan berita palsu ini, hanyalah untuk mendapatkan “TRAFIK MURAHAN” semata-mata.

p/s : Apa yang saya tulis hanyalah pendapat saya sendiri. Mungkin anda ada buah fikiran berbeza. Tidak dinafikan, suatu hari nanti Facebook bakal ditutup. Tetapi disaat fenomena Facebook sedang menggila ketika ini, ianya mustahil. Renung-renungkan, dan selamat beramal!

Tagged with 

36 thoughts on “Sebab-sebab perkhidmatan Facebook TIDAK MUNGKIN ditamatkan

  1. takut jugak kalau benda ni benar2 berlaku…saya dh mula save gambar2…

  2. xlogikla bende ni..friendster yg makin kurang user pun xpenah nak tutup…alasan die xkukuh…

  3. myspace dan friendster yang mengalami alam kejatuhan pun tak tutup, inikan facebook yang semakin dan semakin popular! kecuali lah kalau ade kes tertentu…

  4. aku baru perasan, kena komen aku still di detect sebagai awaniz erk..? boleh betolkan tak.. thnx…

  5. diorang kata xtutup pun.

  6. betul..tk betul…skg kat FB ramai dh ‘panik’ dengan berita2 ni…surat2 layang kena sebarkan agar tk diremove dari fb..tk masuk akal..

    p/s : encik sollehahn sy ada copy n paste tajuk besar u n kongsikan kat fb boleh kan? tp sy dh tulis source from sollehahn 🙂

  7. ape2 pun sama2 kita tunggu dah lihat..

  8. dr rozmey pon jd mangsa penipuan facebook ni gak. sian…huhu
    fb ni milik shareholders. bukan milik zuckerberg tu lg dh. mamat tu bukan ada full authorities lg dh. maybe in creative managing part je dia fully control.

  9. Kita sama-sama tunggu,saya memang rasa was-was….tak mungkin tutup cam tu jer kan…

  10. facebook pun sama menjana
    trafik murahan.

  11. 50 billion USD.. xkan la nk tutup mcm tu je. kalau blog aku bnilai 100,000 pon, aku xkn tutup walaupon dh xlaku. huhu

  12. kalau betul tutup alhamdullillah, ramai member aku dah cerai berai pasal face book ni, yang jadi mangsa anak-anaklah, yang mak-bapak pegi add makwe dan pakwe lama tu buat apa

    • pada aku, benda ni berlaku bukan semata-mata kerana facebook…kalau benda nak jadi, guna myspace, friendster, tagged, atau apa pun, tetap jadi gak…yang penting, pengguna tu sendiri kena fikirkan, yang mana baik dan buruk untuk diorang

  13. tu la labilabi dah tau dah..takkan si mark nie tutup lah..
    takkan dia bodoh nak pergi tutup periuk nasi sendiri..
    pastu nanti pekerja dia nak kena bagi duit pampasan lagi..

    pastu macam mana lak dengan share holder?
    orang2 yang da invest dalam facebook tu..takkan dia nak bayar semuanya kot?

    kalau dia bayar pun la kan..LabiLabi tahu mark nie mesti kena bayar pampasan dekat investor..so berita ini palsu..

  14. tah…takkan la orang nak buat menda yang merugikan…dah dapat untung banyak tiba2 nak tutp facebook…impossible

  15. yang ini betul bro..
    hmm..
    kalau tutup agak susah la keadaan
    sebab kebanyakan komunikasi sampai tv3 punya rancangan (Mentor)
    pun check FB untuk status komen..
    payah tu..

    • skang da bulan Jun, FB still on macam dulu. So mmg btol la semua ni khabar angin je…

      bukan stesen tv je, media massa, media cetak, even government pun byk bergantung dgn FB nih….