5 punca mengapa kurang pembaca setia di blog

Pembaca setia adalah salah satu sumber trafik utama ke blog. Tanpa pembaca setia, anda kerugian jumlah trafik yang agak besar. Disini saya kongsikan beberapa punca mengapa blog anda kurang pembaca setia.

1. Bahasa

Bahasa yang tidak sesuai ketika menulis menjadi salah satu faktor utama pelawat malas untuk membaca post-post anda. “kitew”, “citew”, “korunk”, dan macam-macam lagi gaya penulisan yang keanak-anakan. Ramai yang beranggapan penulis yang menulis seperti ini seorang yang mengada-ngada, menyebabkan pembaca merasa meluat.

bahasa jiwa bangsa

Gaya penulisan yang biadap, kurang ajar juga mempengaruhi pembaca. Pembaca tidak mahu mendengar leteran anda, sumpah seranah, caci-maki anda dalam blog.

2. Aspek Teknikal

Theme caca-marba, widget bersepah, lagu/video autoplay, font yang tidak sesuai, susunan teks, semuanya mempengaruhi pembaca. Cuba dapatkan respon dari pelawat untuk mendapatkan konfigurasi terbaik blog anda.

Blog yang terlampau berat juga menyebabkan pelawat tidak singgah semula, terutamanya pengguna broadband.

3. Tajuk yang tidak sesuai

Saya pernah terangkan secara ringkas dalam artikel sebelum ini ;  5 Perkara Asas Dalam Blog. Tidak dinafikan, ada blogger yang menggunakan kaedah ini untuk menarik trafik. Tajuk yang digunakan hanyalah sebagai taktik menarik trafik, sedangkan kandungannya langsung tak berkaitan. Kalau sekali dua, mungkin pembaca kurang ambil berat, tetapi jika berkali-kali tertipu, pasti pembaca terus meletakkan blog anda dalam senarai hitam mereka

4. Kurang Blogwalking

blogwalking

Hanya segelintir pelawat akan mengingati blog anda selepas sekali kunjungan. Bagi memastikan anda tidak dilupakan, lakukan lawatan ke blog-blog lain dengan kerap. Blogger lain akan mengingati anda jika anda kerap datang ke blog mereka.

5. Kurang mesra pelawat.

Pelawat merasa kurang dihargai jika kehadiran mereka seperti tidak diendahkan. Cuba bina hubungan dengan pelawat dengan cara membalas komen, dan melakukan kunjungan semula. Apabila ada hubungan yang terjalin, barulah pelawat tidak segan-segan untuk selalu datang bertandang.

friendly

p/s : terima kasih kepada pembaca setia saya di sollehahn.com ; Abg Mankuchai, sebab tak jemu datang bertandang. =D

Tagged with 

50 thoughts on “5 punca mengapa kurang pembaca setia di blog

  1. wah…saya setuju dgn semua fakta!! =D

  2. aku kalau dah blogwalking, tak berpanjangan pun.. kecewa dengan setiap blog yang aku singgah. buang masa dan eletrik je.

    • walaupun kecewa…blogwalking tetap kena teruskan, sebab tu salah satu sumber utama trafik…blog yang mengecewakan tu, tinggalkan je, cari yang lain…haha

  3. “kitew”, “citew”, “korunk”…hahah..mmg gedik…

  4. “kitew”, “citew”, “korunk”…mmg gedik..hahaha

  5. aku setuju dgn ko..

    sbb aku pon bru je stat bloggging..
    byk yg tulis mcam ni..
    ramai yg nasihatkan x pyh letak lagu2 tu sume..
    beratkan blog..

    bg aku klo gne kiteW… apeW…>> memang annoying..
    x ramai yg ske mcm tu termasok aku..

    jemput2 la dtg ke blog aku..

  6. kene praktikkan ni.
    😀

  7. pasal lagu tu mmg saya setuju. tu taste dia bukan taste kita. apa2 pon nice tips. insyaAllah akan diamalkan

  8. ceqla setuju sangat2 🙂

  9. Salam Sollehahn…
    Tips yang relevan untuk semua blogger..

  10. saya sangat setuju. patutlah dulu masa awal-awal buat blog tak ramai yang datang.

  11. saya paling menyampah blog yang gunakan tulisan macam tu…hmm

  12. terima kasih untuk info ni…

  13. akhirnya…bersua jugak dengan sollehahn…thanks dude..

  14. yup,,kdg2 bahasa kita yg membuat org meluat…
    lag satu bila ada sesuatu komen better reply awal hihihii…

    • pasal komen tu aku tanak sentuh….sebab kebanyakan blogger hanya akan online bila ada masa…so maybe lambat reply kalau busy….

      kalau fulltime blogger, 24/7 menghadap PC, memang harus la reply komen awal2

  15. konsep yg mudah…

    nak org datang blog kita..kita kena datang blog org dulu..

    nk org tinggalkan komen di blog kita..kita kena tinggalkan komen dulu..

    (^_^)

    jom ke APA KATA HATI pulak,
    ADIK OH ADIK

  16. betul tu, saya pun baru dlm blogging ni, dah banyak belajar daripada kawan2..utk tingkatkan trafik,blogwalking tu perkara yg wajib bagi kita..thanx atas perkongsian ini..salam perkenalan daripda saya..

  17. emmm..no wonder. Kena banyak usaha kalau nak ada pembaca setia nih.

  18. agak menarik. thanks.

  19. tu la .. kita kena sama-sama kongsi pengalaman atau ilmu..

  20. Salam 🙂 .

    Saya ada tag nama cik solleh dalam entry baru saya

    http://bloginiakuyangpunya.blogspot.com/2011/04/aku-budak-baru-belajar.html

    Hope dapat bagi sikit komen or tips untuk saya improve blog saya…Maaf sebab amik entry ini n selitkan dalam entry baru saya ni.Saya just nak kongsi maklumat yang cik solleh dah bagi dalam entry ni.sekian.

    • erk…pelik benar nama cik solleh tu…hoho…

      anyway…thanks sudi singgah blog yang tak seberapa ni…saya tak kisah sesiapa nak ambil isi blog ni, cuma saya harapkan kredit yang sepatutnya, dan saudara tajul dah pun berikan. so, takde isu plagiat.

      komen dan tips akan saya beri di blog saudara

  21. Salam perkenalan.

    Tapi ramai juga yang bila kita dah beri komen, selalu bw dekat blog dia, dia buat sombong, taknak datang balik. Anyway, berbloglah secara ikhlas. Hehehe

  22. terima kasih atas perkongsian ni. amat berguna untuk nizam. 🙂

  23. aku tak buat pun benda2 kat atas tu..tapi kenapa blog aku kurang pembaca setia juga?

  24. dan sekarang semua benda tu dah mantain.
    BW semua, bahasa pulak rasa macam baku..hehe

  25. Bila kita dah ikut semua tips – masih tak mendapat keputusan yg memuaskan…balik kepada diri sendir , tiap orang ada aura, x factor yang boleh mempengaruhi rakan sekeliling.

    Tiap org ada skil tersendiri untuk berada dlm komuniti kerana manusia yg kita bergaul itu ada berbagai ragam dan kategori.

  26. ayat kujie tu best…ada daya tarikan tersendiri hihihihi……WR ade ker..?