Pejabat Google di Malaysia

Berita IT paling menarik hari ini ; Google akan membuka pejabat terbarunya di Malaysia, pejabat keduanya di Asia Tenggara, selepas Singapura. Pengarah Urusan Google Asia Tenggara , Julian Persaud berkata, Google berminat untuk melabu di Malaysia memandangkan pengguna internet di Malaysia kini mencecah 17 juta orang.

google malaysia office

Lokasi pejabat tersebut belum didedahkan. Akan tetapi, dalam beberapa hari ini, pencari kerja online boleh mula mencari peluang pekerjaan di www.google.com.my/jobs.

p/s : pssst…korang tau tak?..Facebook dan Paypal pun dah ada pejabat di Malaysia. Ni Google pulak. Nampaknya konglomerat internet dah mula membuka mata pada Malaysia.

Tagged with 

18 thoughts on “Pejabat Google di Malaysia

  1. Pasni mesti diorg buka google ads tuk blog bahasa melayu kan.. Klu buka, habislah nuff dimadukan..hu3

  2. Ofis Facebook dekat mana?

  3. office dia dekat KLCC… semalam berita TV3 cakap, kalau dia tipu aku tak tau lah.. TV3 ni bukan ley caya sangat… he3!

  4. Assalaamu`alaikum sollehahn,
    bangga juga google pilih Malaysia sebagai pejabatnya. Kalau nak diikutkan Indonesia lagi ramai pengguna, ke orang kita dah advanced dengan IT? Mungkin pengguna di Indonesia terlalu ramai penggodam atau kerajaan dia dah ban google. Sollehahn tahu ke pasal apa depa pilih Malaysia? 🙂

  5. […] majunya industri internet di Malaysia sampaikan kucing pun boleh adopt dari internet je. Sebab tu google pilih Malaysia jadi ibu pejabat terbaru di asia tenggara […]

  6. macam best je google bukak pejabat kat sini.. dah up Malaysia ni kat mata google

  7. nak apply kerja kat sinilah… harap2 dapatlah … dari duk menganggur nieh..hehe

  8. satu penghargaan untuk rakyat Malaysia…tahniah google..

  9. aku kalau mintak keja dgn google.. mesti dapat.. pastu 1 hari je dh kena kick n ban.. haha..