Malaysia mencipta mutan untuk mengawal denggi

6000 nyamuk yang diubah secara genetik telah dilepaskan di kawasan Pahang oleh Institute of Medical Research [IMR] dengan tujuan mengawal wabak denggi.

Yes, call me ignorance, tapi memang ni first time saya dengar tentang perkara ni, dan saya sangat teruja!. Tak tahu pulak saintis Malaysia pun berkemampuan buat perkara-perkara macam ni. So far, takde pulak perasan berita di tv/suratkhabar. Ni pun saya dapat tahu dari laman web luar negara.

IMR telah ditugaskan untuk membuat kajian mengenai penggunaan nyamuk-nyamuk mutan tersebut. Nyamuk-nyamuk jantan yang diubah supaya kitaran hidupnya lebih pendek, diharap dapat mengawal populasi nyamuk. Eksperimen telah dijalankan pada 21 Disember 2010 hingga 5 Januari lalu. Para saintis sedang membuat penilaian mengenai keberkesanan kaedah tersebut.

nyamuk mutan made in malaysia

Eksperimen ini bagaimanapun mendapat tentangan daripada beberapa pihak, terutamanya pihak berkaitan pemeliharaan alam sekitar, yang menyatakan kebimbangan terhadap kemungkinan-kemungkinan yang mungkin berlaku, seperti kepupusan spesis nyamuk atau mutan yang tidak terkawal (erk, teringat cerita Resident Evil!).

sumber asal : Google News

Tagged with 

19 thoughts on “Malaysia mencipta mutan untuk mengawal denggi

  1. 🙂 🙂 🙂
    takut lain la pulak jadinya nanti

    singgah dari mknace unlimited

  2. aku dah lama gak dengar pasal perkara.. langkah ni bagus, tapi takot akan jadi side effect.. tak pasal2 malaysia yang tak pernah buat cerita resident evil, tapi wujud mutan betol2…

    • masa mula2 terbaca tajuk dia…macam2 dalam kepala otak aku…nyamuk kebal, ada perisai bagai2, tak mati…haha…tapi seram gak bila pikir balik…

  3. Mutan? Saintis Malaysia? Memang senyap….. tapi kalau buat banyak sangat mutan, takut lain jadinya, bila ianya dimutankan kembali oleh persekitaran. Tidak mustahil nyamuk tu akan jadi kebal kepada racun nyamuk pulak. Tak pasal-pasal Shiledtox dan Ridsect tutup kilang.

  4. wah..hebat…

    dah nampak satu titik kemajuan dalam bidang kejuruteraan genetik. tapi risau jugak, kot2 jap lagi ade ‘nyamukman’..

  5. saintis mmg saintis malaysia tp teknologi luar negara jgk..huhu.

    demam denggi mmg sgt mnyakitkan.ckuplah sekali seumur hidup..

  6. ada kemungkinanan ke jadi cam cerita resident evil tu?? woo menakutkan ar kalau camtu..

  7. bagus satu kajian terbaru dari saintis Malaysia…atleast saintis kita juga mampu melalukan bab ujikaji ni.. 🙂

  8. Saya sokong kajian nyamuk, tapi kalau dah nyamuk spesis bioengeneered makmal tu dilepaskan dalam hutan terbuka, tak berapa setuju la. Walaupun dah diasapkan, mesti ada yang tak mati atau terlepas.

  9. eksperimen ini terkawal, sebab tu dapat kelulusan

  10. ok jugak, kurang skit nyamuk kat rumah nnt.