Bus Stop dilengkapi Video Games!

Penumpang-penumpang bas di San Francisco kini tidak lagi bosan menunggu bas yang lambat sampai. Ini kerana pondok-pondok menunggu bas di bandar tersebut telah dipasang dengan permainan video. Syarikat gergasi, Yahoo telah memasang konsol permainan di 20 buah pondok menunggu bas. Berbagai jenis permainan boleh dipilih termasuk puzzle dan permainan sukan.

video games di pondok bas

Yang lebih menarik, konsol-konsol tersebut dihibungkan antara satu sama lain, membolehkan pemain bertanding dengan pemain di pondok-pond
ok bas yang lain. Pemenang di satu kawasan kejiranan akan mendapat 100 mata. Salah satu daripada 20 komuniti kejiranan yang menang pula diberikan hadiah berupa tiket ke konsert OK Go.

Jangan sampai terlepas bas dah la yer!.

p/s : Ni kalau pasang kat Malaysia sekejap je jahanam…

sumber : TheExaminer

Tagged with 

8 thoughts on “Bus Stop dilengkapi Video Games!

  1. kalau letak kat Malaysia kejap je kot leh guna.. nanti ade yang bawak balik rumah.. hehe

  2. letak xbox 360 la baru grand… hu3! karang bus stop dah jadi cam cyber cafe, budak sekolah semua melepak…

  3. wouu.. mcmnie bas lmbt smpi pon x stress.. (^o^)/

    jom baca <a href="http://kelanafana.blogspot.com/2011/02/masalah-ketagihan.html&quot;

  4. Hmm… lama-lama jadi skrin iklan kan? Ni taktik jer nie..

  5. khusyuk main game kang bas datang pun tak perasan, tapi syok la kalau ada benda ni dekat Malaysia. Actually kalau Malaysia boleh provide tempat tunggu bas yang boleh dengar lagu pun dah kira baik