5 Asas Blogging yang Tidak Patut Diabaikan

Blogging dah jadi satu budaya dalam masyarakat di Malaysia. Blog wujud macam cendawan tumbuh lepas hujan. Berbagai jenis/niche blog yang boleh kita jumpa sekarang. Ada yang berkongsi kisah peribadi, tips, info, tutorial. Ada juga yang berkongsi gosip-gosip terkini. Walau apa pun sebab anda menulis, yang pasti, anda mahu orang baca apa yang anda tulis. Tapi bagaimana nak pastikan orang membaca, dan komen artikel kita?.

Jom kita kembali semula kepada perkara-perkara asas ketika menulis artikel di blog;

1. Tajuk yang menarik

post title

Anda mempunyai idea yang cukup hebat dalam artikel, tetapi pasti tiada yang akan membaca sekiranya tajuk artikel anda tidak menarik. Pastikan anda menggunakan tajuk yang dapat menarik minat pembaca. Orang akan membaca apabila mereka merasa ingin tahu. Elakkan penggunaan tajuk yang langsung tidak berkaitan dengan isi artikel. Pembaca akan merasa tertipu, sekaligus menyampah untuk kembali semula.

2. Artikel yang mesra pembaca

article

Pastikan artikel anda mudah dibaca, bukan berserabut, tak tentu hala. Jangan jadikan blog anda seperti artikel buku teks. Highlightkan point-point penting. Cara terbaik memudahkan pembaca;

  • Gunakan bullet/numbering
  • Perenggan
  • Style tulisan [bold, underline,quote]

Pastikan juga perenggan anda tidak terlalu panjang. Ini dapat memastikan, pembaca tidak terlepas isi-isi penting. Pembaca juga mudah untuk mencari apa yang mereka inginkan.

3. Gambar melambangkan segalanya

gambar blog

Artikel yang tiada gambar adalah artikel yang membosankan. Selitkan beberapa gambar yang berkaitan untuk mengelakkan pembaca merasa bosan. Akan tetapi, elakkan menggunakan terlalu banyak gambar dalam sesuatu artikel

4. Kandungan multimedia

multimedia

Sesekali, sertakan kandungan multimedia ; audio, video, flash dan sebagainya. Ini juga dapat mengelakkan kebosanan ketika membaca. Kandungan multimedia bersesuaian juga dapat membantu pembaca memahami isi artikel anda.

5. Ringkas – Keep It Simple , Stupid [KISS]

keep it simple stupid kiss

Artikel yang terlalu panjang bukannya artikel yang baik. Saya pasti, pelawat tidak akan membaca artikel anda jika terlalu panjang. Tulis seringkas mungkin. 400-600 patah perkataan sudah mencukupi untuk sesebuah artikel.

Tagged with 

26 thoughts on “5 Asas Blogging yang Tidak Patut Diabaikan

  1. Salam solleh!

    nice write up, bagus untuk yang baru menceburkan diri ke dalam bidang blogging.. =) keep it up!

    yours
    SH

  2. nice entry. peringatan untuk diri sendiri jugak nie

  3. orait..terbaik bro..

  4. asas yg tak patut dilupakan. mcm petua orang tua2 lak. hehe

  5. yup..keep it simple..

    kalau tulis panjang2 penat visitor nak baca..hehe

  6. yang no satu aku selalu kene. tajuk cam gempak, bila baca. haprak! satu benda apa yang aku nak cari takda!

  7. 5 tip yang sangat berguna untuk seorang blogger..tambah sikit—>tulis dengan hati yg ikhlas,baru sampai ke hati pembaca 🙂

  8. Tips sangat berguna..

    Thanks

  9. article yg bagus dan berfaedah untuk dipraktikkan.. thanks for sharing

  10. […] pernah terangkan secara ringkas dalam artikel sebelum ini ;  5 Perkara Asas Dalam Blog. Tidak dinafikan, ada blogger yang menggunakan kaedah ini untuk menarik trafik. Tajuk yang […]

  11. Salam solleh..
    Tulis dengan niat yang betul dan tulis benda yang berguna untuk semua…
    Makasih entri yang jempol 🙂

  12. […] p/s: Sumber asal oleh Sollehahn… […]

  13. maklumat yg bgus untk bloger yg baru mcm sya…thanks