Tutorial : Pasang plugin akismet. Lindungi blog dari spam.

Sesetengah blogger mungkin tidak ambil endah mengenai perlindungan blog mereka daripada spam. Saya juga satu ketika dulu tidak ambil tahu mengenai hal tersebut. Sampai satu masa, blog mula tersenarai di halaman pertama kebanyakan enjin carian utama, masalah spam mula mengganggu. Hari ini, purata 9-10 spam akan menyerang di kotak komen sollehahn [dot] com. Bagi pengguna wordpress, perisai terbaik untuk melindungi blog adalah plugin akismet. Plugin ini sedia terpasang bersama-sama wordpress. Tetapi ramai yang tidak mengetahui bagaimana mengaktifkannya. Melalui tutorial ini, saya kongsikan langkah-langkah pengaktifan plugin tersebut, bermula dari cara mendapatkan API key dari akismet.

1. Pergi ke plugin page di backend wordpress anda

2. Di tab plugin akismet, klik pada “API key”

akismet plugin

3. Anda akan dibawa ke page akismet.

4. Isi semua form yang disediakan dan submit.

akismet API key

akismet API key

akismet API key

akismet API key

5. Buka inbox e-mel yang anda gunakan tadi dan anda akan menerima API key dari akismet di inbox anda.

akismet API key

6. Pergi semula ke dashboard wordpress anda. Activate plugin akismet. Kemudian pergi ke Plugins>Akismet Configuration. Masukkan API key yang anda terima di inbox anda. Update Option dan akismet telah sedia berkhidmat untuk anda.

akismet API Keyakismet plugin

p/s: yes..i’m back!

6 thoughts on “Tutorial : Pasang plugin akismet. Lindungi blog dari spam.

  1. blog aku pernah sampai 5000 spammer comment dalam 1 masa, hebat. hehehe…

  2. sometimes plugin ni kurang berkesan n kena tambah plugin lain jgk utk prevent spam ni.

  3. kebanyakan pengguna hanya tahu akismet. tapi sekarang dah ada plugin gasp, atau growmap anti spambot plugin. rasanya tu yg terbaik lah setakat ni