Telefon Bimbit dan barah otak

Akhbar Berita Harian, hari ini menyebut mengenai kaitan telefon bimbit dan barah otak. Saya cuba mencari fakta berkaitan di internet, dan saya menjumpai kajian berkaitan di laman web WHO [World Health Organization].

handset_brain_tumor

WHO telah menjalankan kajian mengenai kaitan barah dan penggunaan telefon bimbit, dan sehingga hari ini, satu-satunya punca yang mengaitkan kematian dengan telefon bimbit adalah kemalangan akibat penggunaan telefon bimbit semasa memandu [samada dengan atau tanpa handsfree].

Frekuensi daripada telefon bimbit dikenalpasti tidak mempunyai kuasa yang cukup untuk mengubah molekul tisu tubuh manusia dan dengan itu, disimpulkan bahawa, frekuensi telefon bimbit tidak mencetuskan barah otak. Frekuensi daripada telefon bimbit hanya menyebabkan peningkatan suhu pada tisu badan ; sebab utama mengapa telinga kita menjadi panas apabila bercakap di telefon terlalu lama. Walaubagaimanapun, situasi ini tidak menyebabkan apa-apa kesan jangka panjang.

WHO masih mengumpul data dan membuat kajian mengenai kaitan telefon bimbit dan barah otak. Yang pasti, setakat ini, belum ada kes barah otak yang dikenalpasti berpunca daripada penggunaan telefon bimbit.

Artikel penuh mengenai kajian ini boleh didapati di sini.

Tagged with 

4 thoughts on “Telefon Bimbit dan barah otak

  1. hmm..dulu ada kecohkan kata talipon penyebab barah otak..sampai sekarang mereka masih tidak jumpa faktanya…baguslah kalau gitu,saya dah guna hp ni 13 tahun…so far tiada apa efek.

  2. Cess… Yang kecoh2 sebelum ni kelentong jelah yer… Ngatkan betul2 la kena barah.. Sekarang ni teh tarik pulak… Ades, macam2 hal la sekarang ek..