Proton Inspira setaraf iPad, Maher Zain pula lebih hebat dari Justin Bieber

Sepertimana biasa, di hujung tahun, Google mendedahkan statistik carian penggunanya sepanjang tahun di laman Zeitgeist. Saya tertarik dengan statistik carian di Malaysia tahun ini.

Google Zeitgeist 2010 Statistik tersebut mendedahkan, carian kata kunci “Proton Inspira” adalah carian paling popular tahun ini. Apa yang menarik, Proton Inspira dilancarkan belum sampai sebulan, dan berita pelancarannya hanya didedahkan pada pertengahan tahun ini. Tablet terhangat, “iPad” pula berada di tangga kedua. Gadjet tersebut dilancarkan pada April, dan berita mengenainya telah diketahui umum sejak penghujung tahun lepas.  Populariti Proton Inspira jelas terbukti disini.

Google Zeitgeist 2010

Dalam carian orang pula, Maher Zain berada di tempat pertama, mengalahkan Justin Bieber, ikon remaja global. Justin Bieber, anda mungkin terkenal di tempat lain, tapi maaf, populariti Maher Zain mengalahkan populariti anda disini!

Tagged with 

4 thoughts on “Proton Inspira setaraf iPad, Maher Zain pula lebih hebat dari Justin Bieber

  1. owh..
    tahniah untuk Maher Zain.
    hiburan dengan gaya Islam ada potensi untuk maju

  2. Saya ada buat satu entri pasal proton inspira.kena juga tempias tu he3..hari2 ada silent reader…