Penggodam Komputer Paling Popular

kevin_mitnick

Kevin Mitnick merupakan seorang penggodam komputer yang paling dikehendaki di US sekitar tahun 90-an. Pada umur 12 tahun, Mitnick menggunakan kejuruteraan sosial (social engineering) untuk menaiki bas di sekitar Los Angeles secara percuma. Pada tahun 1979, ketika berusia 16 tahun, dia berjaya mengakses rangkaian komputer. Kemudian dia didakwa pada 1988, atas kesalahan menceroboh rangkaian komputer DEC.

Mitnick dipenjara 12 bulan, dan 3 tahun dalam pemerhatian. Bagaimanapun, ketika tempoh perhatiannya hampir berakhir, Mitnick memecah masuk ke komputer Pacific Bell. Dia melarikan diri apabila waran tangkap dikeluarkan.

Pada 1995, FBI akhirnya berjaya menjejaki Mitnick, dengan bantuan seorang pakar komputer, Tsutomu Shimomura. Mitnick akhirnya didakwa selepas bertahun-tahun mengakses banyak rangkaian, emel peribadi, mengklon telefon, dan menggunakan I.D palsu.

Sepanjang “kerjaya”nya, Mitnick telah mengakses ribuan rangkaian, termasuk Nokia, Motorola, Sun Microsystem dan NEC. Dia mendakwa tidak pernah menggunaka sebarang perisian untuk menggodam, sebaliknya hanya menggunakan kejuruteraan sosial.Pada tahun 2000, sebuah filem mengenai Mitnick, Take Down telah diterbitkan.

Hari ini, Kevin Mitnick telah menubuhkan syarikat sendiri, Mitnick Security Consultancy, dan bergelar konsultan komputer.

Tagged with 

11 thoughts on “Penggodam Komputer Paling Popular

  1. kecik-kecik dah power gler..
    lagi satu hacker popular yg aku suka pengasas linux tu..
    power

    • orang lain kecik2 baca buku…mitnick kecik2 dah pandai menipu..memang power..haha

      linus torvalds ke?..memang power, tp rasanya tak sesuai nk gelar dia sbg hacker..

  2. biasanya hacker akan berakhir menjadi computer security, atau anti-virus creator…

    • tak jugak kot…selalunya yang beralih arah tu hacker2 yang dah kantoi, dah lepas kena hukuman, baru diorang tobat….tp hacker2 yang tak pernah kantoi2 tu…selagi tak sedar, sampai mati la jadi hacker…

  3. kalau kepandaian yang salah tu digunakan untuk tujuan baik kan bagus..sekarang dia dah buka syarikat sendiri ok lah tu..

  4. Kalaulah aku ini seorang hacker..kan best…

  5. uh memang best jadi hacker
    hack wireless pun jadilah…hehe