Pengasas Linux : Linus Torvalds

Linus Torvalds

Linus Benedict Torvalds , merupakan manusia yang bertanggungjawab melahirkan Operating System [OS] yang bernama Linux. Dilahirkan pada 28 Disember 1969 di Helsinki, Finland, Linus memulakan pengajian diUniversity of Helsinki pada 1988. Tetapi kemudian pengajian nya tertangguh kerana terpilih menyertai pasukan tentera. Dalam pasukan tentera, dia memegang pangkat Second Liutenant. Linus meneruskan pengajian pada 1990. Dia menulis thesis bertajuk “Linux:A Portable Operating System” dan kemudiannya mendapat Master’s Degree dalam bidang Sains Komputer pada 1995.

Linus membeli sebuah komputer pada 1991. Komputer tersebut digunakan untuk bermain Prince of Persia sebelum dia mendapat MINIX [OS berasaskan UNIX] dan memulakan projek Linux. Selain beberapa perisian, Linus juga pernah mencipta permainan berasaskan Pac-Man, yang dinamakan sebagai Cool Man. Ketika Linux mula-mula dikeluarkan, komuniti siber terkejut kerana belum pernah seseorang mencipta OS, untuk diedarkan secara percuma.

Pada awalnya, Linus bercadang menamakan OS yang diciptanya sebagai FreaX [gabungan “free” dan “freak”. X melambangkan kernel UNIX]. Walaubagaimanapun, rakannya, Ari Lemmke, yang bertanggungjawab mengedarkan OS tersebut menamakannya “Linux”.

Hari ini, lebih 600 OS dicipta berasaskan Linux. Antaranya ; Ubuntu, Mint, Debian, Fedora, OpenSUSE, RedHat, Mandriva dan banyak lagi. Hampir kesemua OS tersebut dibina dan diedarkan secara Open-Source. Ini menjadikan Linux sebagai OS yang mempunyai begitu banyak versi.

OS Linux menaikkan nama Linus, bukan sahaja dalam industri siber, malah sebagai pencetus revolusi sedunia. Dia pernah dinamakan sebagai “manusia paling berpengaruh didunia”, dan “hero revolusi” oleh beberapa majalah terkenal. Malah, pada 1996, sebuah asteroid , 9793 Torvalds, dinamakan sempena namanya.

Tagged with 

9 thoughts on “Pengasas Linux : Linus Torvalds

  1. kalau saya nak cuba linux ni macam mana yer?

  2. dulu aq ade try guna linux,, tpi untuk tempoh kejap je.. memang kompleks

  3. Bercita-cita nak jadi macam dia..Tapi hajat tak kesampaian…hehe

  4. kalaulah aku boleh buat sebijik OS
    wow! memang kewl

    • ada satu version linux…kita boleh customize sendiri installer, komponen apa yang kita nak, pastu namakan ngan nama kita….tapi aku x ingat laman web dia…ades!

  5. […] membangunkan Android daripada kernel Linux. Jadi virus bukannya masalah besar bagi Android. Jika anda masih ragu-ragu, terdapat berbagai […]