Naked PC

Naked PC. Saya pasti, ramai yang tidak pernah mendengar terma ini. Bunyinya mungkin lucah bagi sesetengah orang, tetapi terma “Naked PC” dalam dunia IT, merujuk kepada komputer/laptop yang dijual di pasaran tanpa dipasang dengan sebarang sistem operasi (Operating System). Terma ini digunakan oleh Microsoft Corporation, dengan tujuan dramatik, untuk menggambarkan bahawa penjualan naked PC ini adalah sesuatu yang tidak sepatutnya kerana ia mungkin digunakan untuk memasang perisian tidak sah. Ini berdasarkan hakikat bahawa perkataan “naked” atau bogel itu adalah melambangkan sesuatu yang tidak bermoral, atau tidak patut.

Microsoft berpendapat, penjualan naked PC ini membawa kepada lambakan perisian cetak rompak kerana pengguna boleh memasang sendiri Operating System kepada komputer mereka. Bagaimanapun, ramai pengkritik menolak pendirian syarikat tersebut, dan berpendapat, pengguna berhak menentukan OS yang mereka mahukan untuk komputer mereka. Microsoft juga diselar kerana mereka dianggap hanya mementingkan periuk nasi mereka.

Berikut disenaraikan beberapa kebaikan penjualan naked PC kepada pengguna, sepertimana disenaraikan oleh LINFO;

  1. Menyediakan lebih banyak pilihan untuk pengguna.
  2. Mewujudkan persaingan sihat diantara Operating System.
  3. Menghapuskan “microsoft tax”, ataupun bayaran kecil yang perlu dibayar pengguna untuk Microsoft Window yang siap dipasang, walaupun mereka tidak berhajat menggunakannya.
  4. Memberi kesedaran kepada pengguna, OS yang baik dan stabil mampu diperolehi secara percuma. Ini kerana masih wujud segelintir pengguna yang tidak mengetahui adanya alternatif kepada Misrosoft Windows
  5. Membantu pengguna mengetahui bahawa, OS sebenarnya boleh dipasang sendiri dan tidak melibatkan proses yang kompleks
  6. Membantu penjual menjual komputer pada harga yang lebih murah (tanpa perlu terpaksa menjual Windows)
  7. Mewujudkan pembahagian pasaran OS yang sama rata, sekaligus mengurangkan serangan virus dan malware keatas satu OS tertentu sahaja.

Walaubagaimanapun, penggunaan terma “naked PC” kurang diterima dalam komuniti IT. Ramai yang mencadangkan terma “clean PC” digunapakai untuk menggambarkan keadaan komputer yang belum tercemar oleh pepijat/virus/malware yang memang sinonim dengan Microsoft Windows.

p/s : saya lebih suka untuk membina komputer saya sendiri. jadi tidak terikat langsung dengan mana-mana OS. bebas untuk memasang apa-apa sistem sekalipun.

Tagged with 

8 thoughts on “Naked PC

  1. Best lg klu kosong je..murah..hoho

    pastu msuk OS “haram”..haha..RM5 sekeping..tu pun klu XP..

  2. bukan orang panggil freedos ker??

    • yup…kalau di malaysia memang kita biasa dengan terma free dos…
      “naked pc” ni sekarang cuma digunakan dalam microsoft je….diorang yang beriya2 nak gunakan terma tu

  3. aku masa beli naked juga… tp suh orang kedai tu yang pakaikan baju baju… balik rumah, tambah aksesori lain… sekarang ni “letih” nak mengangkut semua aksesori tu, banyak sangat… 😀

  4. Ada juga yer pc yang dijual macam ni…kalau saya memang dah tak tahu nak buat apa dah kalau pc macam ni.

    • saya dulu pun tak tau apa2…tp sebab nak belajar, saya beranikan beli, pasang sendiri satu2…belajar sikit2…skang ni saya puas hati dengan apa yang saya tau..