Jaguar bersama Artemis bekerjasama memburu porno

Jaguar, superkomputer kedua terpantas di dunia, bakal digunakan bersama-sama perisian Artemis, perisian yang berfungsi mengesan gambar dan video lucah di internet, untuk mengesan penjenayah pornografi kanak-kanak.

jaguar memburbu pornografi kanak-kanak bersama artemis

Menurut sumber, Grier Weeks, Pengarah Eksekutif, National Association to Protect Children [PROTECT], berkata, “Di seluruh dunia, penjenayah menggunakan teknologi untuk melakukan eksploitasi seksual terhadap kanak-kanak”.

Para saintis di Oak Ridge National Laboratory, dimana Jaguar ditempatkan kini bekerja untuk menggabungkan Artemis bersama superkomputer tersebut. Robert Patton, salah seorang saintis berkata, “Dengan proses sedia ada, penguatkuasaan undang-undang memerlukan masa berminggu-minggu untuk mengesan seseorang. Sekarang mungkin boleh dilakukan dalam beberapa hari. Apa yang kami mahu, ia dilakukan dalam masa beberapa jam”.

Artemis telah sedia digunakan dalam 30 kes, tetapi Jaguar dijangka hanya akan dapat menggunakan perisian tersebut sepenuhnya pada penghujung 2011.

Tagged with 

8 thoughts on “Jaguar bersama Artemis bekerjasama memburu porno

  1. pergh canggih zaman sekarang..tapi penjenayah lagi canggih…

  2. wow…super computer!…kat Malaysia guna laptop je untuk kesan ‘jenayah’ pornografi di internet…hehehe

    • di malaysia , laptop je yang ada…kebanyakan supercomputer ni universiti yang buat, universiti kat malaysia mana la nak cekau duit buat supercomputer sendiri…

      tapi di malaysia, rekod polis kita bagus. settle kes lagi cepat berbanding US. so rasanya, dah kira cemerlang la tu..

  3. x msti nye supercomputer ni untuk mengesan porno tetapi juga untuk forensic selain itu supercomputer menpunyai pegecaman muka bagi mengesan jenayah selalunye rakaman cctv yg diambil selalu tidak jelas..jadi supercomputer ni mampu mengenal pasti jenayah yg ada