Google Inc. , kaya dan terus kaya…

Facebook mungkin telah menjadi fenomena dunia yang tidak dapat ditandingi mana-mana syarikat ketika ini. Tetapi itu tidak menghalang enjin carian terkemuka, Google, untuk terus berkembang. Google Inc., sebelum ini telah bercadang menambah bilangan pekerjanya. Baru-baru ini, syarikat gergasi tersebut diberitakan bercadang membeli sebuah bangunan baru. Bangunan pejabat yang bertempat di Port Authority, New York, akan dibeli oleh Google dengan nilai sekurang-kurangnya USD 1.9 billion, dan bakal menjadi nilai transaksi paling besar dalam sejarah US, untuk pembelian bangunan.

GooglePlex

Google telahpun menyewa beberapa tingkat dalam bangunan ketiga terbesar di New York itu sebagai pejabatnya, dan kini berminat untuk membeli keseluruhan bangunan tersebut. Sebelum ini, Google telah memiliki beberapa bangunan di US, termasuk ibu pejabatnya, Googleplex di California. Bagaimanapun, pertambahan pekerja memaksa Google menambah bilangan pejabatnya. Ura-ura mengatakan, bangunan ini bakal menjadi Googleplex kedua.

Disebalik pembelian ini, timbul beberapa gosip kerana harga bangunan yang sangat tinggi. Sebelum ini, Google membeli laman video terkenal, Youtube, dengan harga USD 1.65 billion. Sebab utama Google membeli bangunan tersebut dikatakan kerana ia terletak diatas hub ‘Dark Fiber’ terbesar di New York. Laluan telekomunikasi utama ni New York melalui bahagian bawahnya. Ini membolehkan syarikat tersebut menguasai sistem telekomunikasi, bukan sahaja di New York, malah di seluruh US. USD1.9 billion memang angka yang besar, tetapi tidak sebesar keuntungan yang dapat dijana sekiranya Google Inc. dapat menguasai sistem telekomunikasi.

p/s : mungkin tidak ramai menyedari, tetapi monopoli sistem telekomunikasi oleh sebuah syarikat boleh menyebabkan end-user seperti kita yang mengalami kerugian.

Tagged with 

16 thoughts on “Google Inc. , kaya dan terus kaya…

  1. nnt x lama lg ada plak Facebook Engine..huhu

  2. google inc kalau boleh nak kuasai dunia telekomunikasi ( internet ) agaknya… seronok benor kalau dapat kerja dengan google… bila lah agaknya dapat..

    • banyak dah orang buat gosip pasal cita-cita google nih…sampaikan keluar konspirasi masa diorang kumpul dark fiber banyak2….tapi aku setuju ar, google ni memang ada niat nak kuasai internet

  3. zaman sekarang kalau memonopoli sesuatu benda terutama internet…maka kayalah jawabnya…YTL contohnya..sikit hari kayalah pemiliknya..sekarang pun dah kaya hmm..

  4. mmg btul tu. monopoli hanya merugikan kita sbg end user. janji mcm lain kt tv, dpt servis mcm lain. biasa la, menda takde persaingan,
    carlos slim helu pn jd org plg kaya sbb telecomunication. dia kontrol satu amerika latin.

    • tu yang berlaku pada streamyx dulu…di monopoli pasaran sampaikan harga tak munasabah, servis very bad…sampai masa, persaingan muncul, baru la terkial-kial nak turunkan harga, tingkatkan servis…

  5. Jangan sok nak buka google pun kena bayar, letih beb.. Cuba buka ofis kat malaysia, ramai serbu..

  6. google terbaik 😀

  7. […] Google yang menguasai 2/3 pasaran enjin carian dikatakan menggunakan cara kotor dengan meletakkan produk mereka terlebih dahulu berbanding produk pesaing-pesaingnya dalam hasil carian melalui enjin carian Google. […]