WoW : 6 tahun penuh kegemilangan

World of Warcraft (WoW) adalah sebuah permainan online (MMORPG – Massively Multiplayer Online Role Playing Game) yang dikeluarkan oleh Blizzard. Sejak dilancarkan 6 tahun lalu, permainan ini terus menarik minat jutaan pemain dari seluruh dunia.

World of Warcraft

Pengenalan
* Diperkenalkan selepas kejayaan siri Warcraft (Warcraft I, II & III), pada 23 November 2004, sempena ulangtahun ke 10 franchise Warcraft.
* Sehingga 17 November 2010, 2 expansion set telah diperkenalkan ; The Burning Crusade dan Wrath of the Lich King. Satu lagi expansion set, Cataclysm bakal dilancarkan pada 7 Disember 2010
* Semasa acara BlizzCon, Oktober 2010, penerbitnya, J. Allen Brack mengumumkan expansion set ke-4 bakal dikeluarkan pada masa akan datang.
* Dalam permainan ini, pemain mengawal karakter pilihan untuk berlawan, dan berinteraksi dengan pemain-pemain lain.
* WoW merupakan satu-satunya permainan yang mempunyai set jalan cerita yang kompleks, membabitkan bangsa berlainan (Human, Night Elf, Dwarve, Draenei, Gnome, Blood Elf, Orc, Troll, Undead, Tauren) dari 2 pihak (Alliance dan Horde). Jalan yang kompleks ini dipertontonkan melalui berbagai medium berbeza ; permainan, komik, majalah, ensiklopedia maya,dan buku.

World of Warcraft

* WoW juga menampilkan geografi permainan yang kompleks dan sangat luas, membabitkan 3 benua (Eastern Kingdom, Kalimdor dan Northrend) dalam planet Azeroth, Planet Draenor (Outland) dan beberapa kawasan lain.
World of Warcraft map

* User interface yang boleh diubah menarik minat untuk bermain mengikut keselesaan.

World of Warcraft UI

Kegemilangan

* Sehingga Oktober 2010, WoW mencatatkan sekurang-kurangnya 12 juta pemain dari seluruh dunia. Terdapat jutaan lagi pemain yang tidak berdaftar, tetapi bermain di private server.
* Pada April 2008, WoW mempunyai pegangan 62% daripada pasaran MMORPG
* WoW merupakan pemegang rekod MMORPG paling popular dalam Guinness World Record.
* Corrupted Blood Incident yang berlaku secara tidak sengaja dalam permainan ini telah menjadi rujukan kepada para saintis dan pengkaji. Ia dijadikan model, bagaimana penyakit berjangkit boleh tersebar dalam populasi dunia sebenar.
* Pada 2006, telah ada ura-ura untuk menerbitkan filem berdasarkan Warcraft. Ketika BlizzCon 2010, pihak Blizzard telah mengeluarkan kenyataan yang filem tersebut dalam peringkat pembangunan, dengan kos $100 juta, bakal diarahkan oleh pengarah terkenal Sam Raimi yang pernah mengarahkan filem Spiderman.

rujukan : Wikipedia dan Pengalaman sendiri =P

Tagged with 

13 thoughts on “WoW : 6 tahun penuh kegemilangan

  1. 🙂 🙂 🙂
    memang mantop

  2. bertahun main Wow ni…nak2 bile start main DOTA…tapi dah keje skang xsempat dah nak main2 game nih…;p

  3. hail prototype!

  4. Nak main WoW kna bayar kan? kecuali private server.. ape yg best sgt main WoW ni? kalo free, boleh la try.. kekeke..

  5. dari dulu lagi nak try WoW ni, tak dapat2 lagik.. maleh nak mendownloadnya…

  6. Aku memang pemain tegar WoW. Time aku study kat US dulu la. Memang ketagih tahap gaban. Akaun aku memang epic gile, semua equipment tahap epic (purple) je.

    First time, untuk top main WoW ni. aku jual akaun aku ngan harga usd1500, pastu stop jap.

    Tak lama lepas tu, tak dapat tahan, main balik, sebelum balik Msia jual akaun ke-2 tu, harga usd2000. Pastu alhamdullillah berjaya berhenti main dengan jayanya. Lepas tu, aku langsung tak minat main game apa2, walau aku memang gile main game dulu2.

    Bagi aku, WoW ialah game terbaik dalam hidup aku dan memori tu telah aku kuburkan.

    • we’re on the same boat…aku skang stop main WoW..tp aku tak rasa aku akan berenti tros…aku akan kembali semula bila tiba masanya nanti..muahahaha