Tutorial : Install Window 7 menggunakan USB Drive

Baru-baru ni seorang pelanggan meminta saya install Window 7 ke netbooknya. Saya tanpa banyak tanya menerima tugasan tersebut. Sampai masa saya memulakan tugas, saya garu kepala. Netbook yang diberikan adalah Acer Aspire One yang tidak mempunyai CD/DVD drive. Bagaimana nak install Window 7 tanpa DVD?. Mulanya saya nak pulangkan semula netbook tu tapi rasanya tak patut sebab saya dah terima tanpa alasan. Mujurlah pakcik Google membantu saya. Pengalaman pertama kali install window tanpa CD itu saya kongsikan dalam entri ni.

Apa yang anda perlukan?:
1. DVD Window 7 (apa-apa versi)
2. Pendrive/Flash Drive bersaiz sekurang-kurangnya 4 GB (pastikan kosong)
3. Komputer yang mempunyai DVD drive, system Window 7. (untuk setup pendrive , selepa ini dinamakan PC 1)
4. Netbook/PC yang hendak dipasang Window 7 (selepas ini dinamakan PC 2)

Langkah-langkah:

1. Cucukkan pendrive anda ke PC 1. Pastikan pendrive ini kosong

2. Buka “Elevated Command Prompt”. Sila rujuk Tutorial : Elevated Command Prompt dalam entri sebelum ni.

3. taip command mengikut susunan dibawah (saya gunakan caps lock dan bold untuk memudahkan anda)

3.1 DISKPART

3.2 LIST DISK ; dapatkan nombor untuk pendrive anda. Sebagai contoh, pendrive saya adalah DISK 2.

3.3 SELECT DISK 2 ; “DISK 2” adalah pendrive saya

3.4 CLEAN

3.5 CREATE PARTITION PRIMARY

3.6 SELECT PARTITION 1

3.7 ACTIVE

3.8 FORMAT FS=NTFS ; langkah ini mungkin mengambil masa lama. sekitar 10-15 minit

3.9 ASSIGN

3.10 EXIT

contoh screenshot window command prompt boleh dilihat dibawah;

Install Window 7 using USB Drive

4. Minimize command prompt tadi

5. Masukkan DVD Window 7 ke DVD drive anda. Buka My Computer untuk memastikan “Drive Letter” DVD drive dan pendrive  anda. Sebagai contoh, DVD drive saya adalah I: manakala pendrive adalah D:

6. Maximize semula command prompt dan taip command dibawah;

6.1 I: CD BOOT ; I: adalah drive letter DVD drive

6.2 CD BOOT

6.3 BOOTSECT.EXE /NT60 D: ; D: adalah drive letter pendrive.

Install Window 7 using USB Drive

7. Buka PC 2 dan set supaya ia boot dari USB.

8. Pasang pendrive tadi ke PC2 dan jalankan proses pemasangan Window 7 seperti biasa.

Kaedah pemasangan Window 7 menggunakan USB drive ini boleh digunakan pada mana-mana netbook/notebook/PC yang boleh melakukan booting daripada USB Drive (bergantung kepada motherboard dan BIOS). Diharap tutorial ini dapat membantu anda.

Selamat mencuba.

p/s: siap install window 7 pada Aspire One pelanggan saya, saya dapati available disk yang tinggal hanya 800MB (kapasiti Aspire One adalah 10 GB sahaja, =( ). Memang tak sesuai nak guna 7 pada Aspire One ni. Nampaknya saya terpaksa bermula semula dari awal. Saya cuba menggunakan kaedah diatas untuk memasang Window XP tapi tak berjaya. Jadi saya meminta bantuan pakcik Google semula. Satu lagi ilmu baru saya dapat. Selepas ni, nantikan pula Tutorial saya untuk memasang Window XP menggunakan USB. =)

6 thoughts on “Tutorial : Install Window 7 menggunakan USB Drive

  1. owh begini caranya..pernah dengar org cakap…tapi tak segan nak tanya 🙂 sesat jalan lah jawab nya.

  2. aku bila jer tgk kotak hitam tu…terus je fobia..hahaha…entah apa2 aku ni…

    apa2pun, terima kasih berkongsi…mana tau akan berguna satu hari nanti utk aku…:D

  3. Window 7 so small enough to install a pendrive? I should try later also.. hehe..

    • no no..not installing windows into a pendrive..but this tutorial is about installing windows 7 using a pendrive…

      actually you can install a window into a pendrive, but using a cracked version of windows..